:: kalamullah(siri1) ::


:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

14april09,10am.

salam ukhuwwah buat sahabat2 sekalian,

pelangi nak kongsikan makna beberapa ayat dalam Al-Quran sebagai renungan kita bersama.

sesungguhnya DIA 'berbicara' terus dengan hamba2 NYA melalui mukjizat Nabi Muhammad S.A.W yang agung ni..

al-'ankabut :9-11

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

9- "dan orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan,mereka pasti akan Kami masukkan ke dalam golongan orang yang soleh."

10- "dan diantara manusia ada yang berkata 'kami beriman kepada ALLAH',tetapi apabila dia disakiti(kerana dia beriman) kepada ALLAH,dia menganggap cobaan manusia itu sebagai seksaan ALLAH.dan jika datang pertolongan dari tuhanmu,niscaya mereka akan berkata,'sesungguhnya kami bersama kamu'.bukankah ALLAH lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada semua manusia?"

11- "dan ALLAH pasti mengetahui orang2 yang beriman dan DIA pasti mengetahui orang2 yang munafik.

sodakollahul'azim.

sahabat2ku,ana berpesan kepada diri ana dan diri sahabat2..
peliharalah iman di hati..
jauhilah sifat munafik,sepertimana yang disebut dalam ayat di atas,
manusia meninggalkan iman kerana takutnya kepada manusia yang lain,
kerana takutnya manusia kepada siksaan manusia yang lain..
sedangkan hanya Allah Yang Maha Kuat.

sama2 kita muhasabah diri..wallahu'alam.




^^1,2,3 pelangi bercerita..


:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

14april09,08:15am.

alkisah tersebutlah di sebuah kampung,ada seorang yang bernama Abu,
dikisahkan Abu ni hidup sebatang kara,tidak berkeluarga atau mempunyai saudara mara,
malah kedua ibu bapanya telah meninggal dunia lama dahulu.

bagaikan jatuh ditimpa tangga,Abu ni seorang yang miskin,dan hidup mengharap ehsan daripada
jiran2 sekampung.memandangkan kudrat yang semakin tua,ABU lebih banyak menghabiskan waktunya di rumah sahaja.jarang2 dia ke ladang atau kebun untuk mengambil upah menyiram
dan membaja tanaman.

sayugianya,di kampung itu juga terdapat sebuah keluarga yang kaya raya yang diketuai oleh Tuan Haji Ali.Tuan Haji ini tersangatlah kaya,harta miliknya sangatlah banyak.antara yang tersebut adalah 200ekar bendang sawah dan kebun2 getah,beratus2 haiwan ternak berbilang jenis seperti lembu,kambing,biri2,ayam dan lain2 lagi yang sewaktu dengannya.

Tuan Haji Ali ini tersangatlah pemurah orangnya.tiap apa yang diminta orang pasti cuba dipenuhi.kerana itulah para penduduk kampung sangat menyayangi dia.Abu juga tidak terkecuali.jika dihitung-hitung banyak sudah pemberian Tuan Haji Ali kepadanya,sampai tak terbalas.

kalakian,nak dijadikan cerita,maka pada suatu hari yang cerah,Abu seperti biasa bertandang ke rumah Tuan Haji Ali dengan segunung hajat yang besar di hati.sesampainya di rumah itu,ternampaklah Tuan Haji Ali berehat di ruang anjung rumahnya.

Abu memberi salamnya yang santun kepada Tuan Hji Ali,dengan senyuman yang manis.Tuan Haji Ali membalas senyumannya lalu mempersila tetamunya untuk masuk dan duduk bersama-samanya.Abu dipersilakan untuk santap bersama2nya.

sudah menjadi kebiasaan Tuan Haji Ali untuk menanyakan hajat kedatangan tiap tamunya.maka,tidak terkecuali dengan Abu.laksana orang mengantuk disorongkan bantal,si Abu pun menyampaikan hajatnya.

Abu :hamba ni Tuan Haji,malu selalu meminta-minta.

Tuan Haji :sebutkanlah apa ynag kamu hajatkan,aku merasa senang dapat menolong kamu.

Abu :begini,Tuan Haji,hamba berhajat untuk mempunyai seekor lembu.ye la,hamba pun bukan ada harta apa2.

Tuan Haji :lembu?kamu yakin ke dengan permintaan kamu ni?maksud aku,pelihara lembu ni bukan senang,.

Abu :hamba yakin,Tuan Haji..insyaAllah..

Tuan Haji :baiklah kalau begitu menurut kamu,aku akan tunaikan hajat kamu itu.tunggu sekejap,ye..

maka,tertunailah sudah hajat Abu untuk memiliki seekor lembu.dia pun pulang la membawa lembu itu dengan girangnya ke rumahnya.

maka tiba2 Abu terfikirlah di rumahnya tiada kandang yang khusus untuk dia meletakkan lembu yang baru didapatinya itu.tapi Abu merasakan itu tidak penting dan lembu boleh ditambat di mana2.

kalakian,hari berganti hari,masa berlari-lari.Abu meneruskan kehidupannya seperti sedia kala.lembu miliknya pula makin kurus kerana selalu merayau merata-rata dan tidak makan rumput yang baik dan segar.

alkisah sampailah di suatu hari,ada seorang penduduk kampung yang terjumpa lembu miliknya jatuh ke dalam parit air yang dalam..lalu mati lah ia di sana.maka tamatlah sudah riwayat lembu itu.

Abu berasa sangat sedih dan beringatlah dia bahawa alangkah baiknya jika dulu lembunya itu mempunyai kandang.

T.A.M.A.T


nota pengarang :walaupun cerita ini agak membosankan,pelangi berharap sahabat2 dapat apa yang cuba pelangi sampaikan.sebenarnya di sebalik cerita ni,pelangi nak bagitau beberapa perkara.

1)manusia meminta2 hidayah daripada ALLAH tetapi lupa untuk menyiapkan 'tempat' bersemadinya hidayah itu.hidayah itu berupa nuur dariNya Allah,maka tempat yang paling layak baginya adalah di hati.muhasabahlah diri,adakah kita sudah betul2 menyiapkan hati kita untuk diberi hidayah dari ALLAH atau kita sekadar melakukannya ala kadar sepertimana Abu di dalam cerita dia atas,meminta2 lembu tetapi tidak menyediakan tempat atau kandangnya hinggakan lembunya berkeliaran merata dan akhirnya mati terjatuh ke dalam parit air.Begitu jua manusia andai dikurnia hidayah dariNya tapi tidak betul2 menghargai dan menjaganya,maka lama kelamaan nuur hidayah itu akan 'pudar'.

2)manusia jarang menghargai sesuatu sehinggalah ia hilang di mata.sepertimana Abu yang lebih menghargai pentingnya seekor lembu kepadanya setelah lembu itu mati.

3)Allah Maha Pemurah,DIA kan memenuhi segala permintaan hambaNya asalkan hambaNya itu meminta dengan sungguh kepadaNya.

wallahu'alam.









...sajak : abadi sebuah destinasi...


:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

10 ogos 2008,6pm.


Lihatlah sesusuk jasadku yang sayu,

persis serumpun jiwa yang melatah,

sungguh,persinggahan ini memenatkan,

namun al-waqt tidak pernah sesekali tidak,

untuk melabuhkan putaranny
a...


Sedang diri ini menghit
ung,

apakah nawaitu serapuh kaca,

yang terpasak bersama ketulusan sesirna fatamorgana ini,

mampu menggapai mardhotillah,

melakar abadi maghfirahMu...


Adapun..pada sudut kalbu ini,

terbit segunung resah,

masih adakah sinar mentari esok bagiku,

masih adakah sekelumit harapan menantiku setia..,


Ya Rabbi,bantulah..

moga segala yang menjadi amalanku,

ibadahku,

pengharapanku,

Kau terima dengan sungguh,


Hayya bina..,

luruskan manifestasi hati,

menyusun jejak yang terpalit,

untuk kita bersama seiring,

menuju ke negeri yang abadi...

post on 13th april09.

>> berbicara tentang hati..


:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

jumaat,3april09,14:05

salam jumaat buat sahabat2 yang dikasihi..
muga ALLAH sentiasa merahmati kalian,

ana rasa terpanggil untuk menulis saat ni,,
menulis tentang sesuatu yang ana suka berbicara tentangnya,,

tentang HATI..

hati merupakan suatu elemen paling penting dalam diri seorang manusia..
hati merupakan ketua kepada kerajaaan diri.malah para ulama' sufi mmenggelarkan hati sebagai raja dalam kerajaan tubuh badan manusia.sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud..

"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."

sahabat2..lihatlah betapa signifikannya hati kepada kehidupan manusia.
betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh hati dalam menentukan perilaku dan tata cara hidup seorang manusia.

sahabat2..hati yang dimaksudkan di sini bukanlah hati yang boleh dilihat secara mata kasar namun hati yang lebih menjurus kapada suatu yang abstrak,suatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar..hati yang dapat memberi kesan dalam mengawal tindak tanduk kelakuan manusia.

sahabat2..sebagai suatu elemen paling penting dalam diri manusia,hatilah yang menentukan ke arah mana manusia menghala..sama ada ke arah kebaikan ataupun ke arah keburukan.Allah mengangkat martabat hati bilamana DIA tidak mlihat kepada luaran fizikal atau warna kulit manusia,tetapi ALLAH melihat kepada hati..ALLAH melihat kepada kejernihan hati hamba2NYA.sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud..

"sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."<>

sahabat2..sepertimana kita manusia perlu kepada makanan,hati juga perlu kepada makanan.tetapi makanan kepada hati bukanlah sepinggan nasi ayam atau sepotong roti atau secawan kopi..tetapi makanan hati itu adalah "makanan"yang membina kekuatan ruh manusia.

ibarat sepohon pokok bunga yang memerlukan siraman air dan sinaran cahaya,hati pula memerlukan siraman zikrullah,nasihat,muhasabah,mujahadah dan sifat2 mahmudah yang dibajai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH rabbul jalil serta sinaran cahaya hidayahNya.maka dengan itulah hati akan "bertumbuh" dengan baik persis tumbuhnya sepohon pokok yang mengeluarkan bunga-bungaan yang cantik lagi wangi.

sahabat2..hati yang sedemikian rupalah yang mendapat kedudukan yang mulia disisiNya manakala di dunia pemilik hati ini sentiasa disenangi oleh orang sekeliling kerana hatinya yang baik,kerana hatinya yang mulia membentuk suatu keperibadiaan yang utuh dan unggul berlandaskan agama ALLAH dan Rasulullah S.A.W.

sahabat2..betapa besarnya impak hati dalam kehidupan kita.betapa pentingnya fungsi hati itu menjamin kebersamaan dan kebergantungan seorang manusia dengan ALLAH.

justeru,sahabat2..

ana menyeru diri ana..
ana menyeru diri ana..
ana menyeru diri ana..

ana menyeru diri sahabat2 sekalian..

jagalah hati..
jagalah hati..
jagalah hati..
jagalah hati..
jagalah hati..

marilah bersama menjaga hati dengan mengamalkan 5 perkara :

1.membaca al-Quarn dan maknanya
2.mendirikan solat malam(qiamullail)
3.berkumpul bersama-sama orang yang soleh
4.perbanyakkan berpuasa
5.perbanyakkan berzikir

sahabat2..insyaALLAH sama2 kita amalkan.
wallahu'alam.

>> buat sahabat2ku

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com


sahabat2 yang dikasihi,,

semuga semua shat selalu,,

sentiasa dikurnia hidayah daripadaNYA..

bersempena dengan musim exam ni,ana ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan yang bakal ditempuh..

muga ALLAH pmudahkan segala urusan kalian.

Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com

..nasyid>>melakar cinta di pintu syurga..

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::



Melakar Cinta Di Pintu Syurga

Album : Kompilasi Lirik Terbaik Ito Lara
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintamku dipintu syurga

Pengirim : amal
Sumber http://www.fareastmusic.com/

<< sajak:aneh >>

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

Aneh sekali rasanya,


Keanehan yang sungguh aneh,


Perasaan ini jadi aneh,


Aneh yang sukar dimengerti,


Anehku pada mereka,


Anehku pada diriku sendiri,


Aneh,sungguh aneh sekali,


Kuimpikan nikmat syurgaMu,


Kutidakkan nerakaMu sebagai destinasiku,


Namun ku tak mampu


menangkis godaan syaitan,


Jua hawa nafsuku,


Aneh,sungguh aneh sekali,


Keanehan ini menokok,


Kuhajatkan petunjuk hidayahMu,


Kupohon hamparan taufiqMu,


Namun lembah qalbu ini,


Ternoda dengan titik-titik hitam,


Cerminan rapuh relung hatiku,


masih terjajah dengan virus dunia,


masih terlena dalam fananya dunia,


masih terulit bersama indah mimpi


sebuah fatamorgana,

Ya Allah..Tuhanku Yang Maha Pengasih,


Bantulah,


Pimpinlah,


Tuntunlah hatiku menujuMu,


Jangan Kau biarkan keanehan ini,


Tetap pegun menjadi terus aneh,


Jangan Kau biarkan diri ini,


Terus berjalan di bumiMu


bersama keanehan ini,


Tanpa mampu ku dapatkan sesuatu,


Sesuatu yang kuimpi,


Sesuatu yang kudamba,


Sesuatu yang kutunggu


Itulah sinar cintaMu..


^^ menjadi sahabat kepada sekalian sahabat ^^


:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::


1.CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK.

Bangun sahaja dari tidur aku lantas melihat jam. Pukul 6.00 pagi. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kesempatan kepadaku untuk melihat keindahan muka bumi ini. Hari ini hari Sabtu bersamaan 1 Nov 2008.Maknanya hari ini tidak ada kuliah. Aku lihat disebelah. Sahabatku masih lagi lena dibuai mimpi. Aku lantas mengejutnya untuk menunaikan solat berjemaah bersama-sama. Sedar tak sedar sudah lebih dua tahun aku bersahabat dengannya. Aku mengenalinya sejak memasuki ke universiti ini. Perkenalan kami bermula apabila dia datang ke bilikku untuk meminjam penyapu. Setelah berkenalan dengannya, rupa-rupanya dia mengambil satu jurusan denganku. Setelah itu aku semakin rapat denganya sehinggalah sekarang. Aku baru teringat. Hari jadinya yang ke-20 hampir tiba iaitu pada 21 Nov 2008. Apa hadiah yang aku nak bagi untuk birthday kali ini yaa?? Dan seperti selalu aku akan menyambut hari jadinya dengan meriah.
Saya pasti sahabat-sahabat semua pasti melakukan perkara yang sama kepada sahabat karib masing-masing. Cuma apa yang saya nak kupaskan di sini, adakah kita pernah terfikir siapakah sahabat itu? Adakah seseorang yang tinggal dengan kita atau seseorang yang kita kenal? Ataupun seseorang yang rapat dengan kita sebab sekepala dalam berfikir, sukan atau apa-apa yang diminati? Ataupun juga sahabat itu seperti yang digambarkan dalam cerita bersiri jepun ‘Yukan Club’ yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk seseorang yang dipanggil sahabat? Jika dikira sahabat yang kita miliki sejak dari tadika, mungkin sudah beribu agaknya. Cuba kita bayangkan hidup di dunia ini tanpa seorang sahabat. Sangat tidak bererti bukan?? Allah memang telah mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Jadi, manusia tidak boleh lari dari berkawan atau menjadi kawan kepada seseorang. Inilah antara hikmah kenapa Allah mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amatlah dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

a)Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai,Saidina ‘Alqamah berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
•Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
•Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
•Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
•Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
•Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
•Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
•Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
•Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
•Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
•Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
•Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
•Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
•Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
•Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

b)Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

•Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
•Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
•Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
•Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
•Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Rujukan :http:/nurjeehan.wordpress.com,www.iluvislam.com

..motivasi diri..


:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

MOTIVASI DIRI : BAHAGIA DALAM MENGHADAPI UJIAN ALLAH.


Dalam meniti arus kehidupan,manusia seringkali diuji oleh Allah s.w.t.Ada sahaja yang menimpa diri,sehingga kekadang dirasa sudah tidak tertahan dengan ujian yang dihadapi.Bukan sengaja merintih nasib diri tetapi dugaan yang bertimpa-timpa sedikit sebanyak menguji keimanan yang tidak sekuat mana pun.Ya,manusia memang mudah merasa sengsara apabila diasak bertubi-tubi dengan ujian dariNya.Hinggakan terlupa suatu hakikat bahawa orang yang diuji oleh Allah itu adalah hamba2Nya yang Dia sayangi.Firman Allah dalam Surah Ali Imran:139 yang bermaksud “Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,sebab kamu paling tinggi derajatnya,jika kamu orang yang beriman.”.Justeru,mengapa memilih untuk berkeluh kesah dan menderita?sedangkan kebahagiaan menanti dalam setiap ujian yang dihadapi.Tinggal lagi manusia yang harus mencarinya dengan hati yang tulus dan suci.Bagaimana?

1.Bergantung harap hanya pada Allah Rabbul ‘Alamin.

Allah yang mendatangkan ujian kepada manusia,jadi penawarnya juga ada padaNya.Manusia yang bertaqwa tidak akan membiarkan dirinya hanyut melayan perasaan sengsara,tetapi tetap bersyukur dengan ujian yang menimpa kerana dalam mengharunginya dia telah dianugerahkan ketabahan dan kesabaran.Maksud Firman Allah dalam Surah At-Taubah:129,”Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakkal,dan Dia adalah tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

2.Mengimani dan meyakini qada’ dan qadar Allah.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya.Kerana Dia adalah Khalik,Zat yang mencipta manusia dan makhluk2Nya yang lain.Allah telah menetapkan aturan terhadap manusia dan makhluk2Nya yang lain mengikut ilmuNya yang Maha Luas,itulah yang dipanggil sunnatullah.Segalanya mengikut qada’ dan qadarNya.Manusia yang bertaqwa akan meyakini segala ujian yang dihadapi adalah ketetapan untuknya dari Allah dan ada hikmah serta rahmat di sebaliknya.Firman Allah dalam Surah At-Talaq:3 yang bermaksud “…Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan urusannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu.”

3.Mengimpikan kebahagiaan yang abadi di dunia dan akhirat.

Kiasannya,langit tidak akan selalunya mendung pasti terbit jua sang mentari di ufuk timur.Allah pasti menyusulkan kemudahan di setiap kesusahan yang diberikan kepada hambaNya.Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah:5 dan 6 yang barmaksud “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”Manusia yang bertaqwa bukan sahaja menginginkan kebahagiaan di dunia yang sementara tetapi mendamba kebahagiaan hakiki di akhirat kelak.Lantas dia tidak mudah melatah dengan ujian yang dihadapi,kerana baginya itu satu peluang untuk memperoleh rahmat Allah di dunia dan akhirat.Firman Allah dalam Surah Az-Zumar:61 yang bermaksud “Dan Allah menyelamatkan orang2 yang bertaqwa kerana kemenangan mereka(pada hari kiamat).Mereka tidak disentuh oleh azab dan tidak bersedih hati.”

4.Menginsafi diri bahawa ada manusia yang lebih dhaif.

Setiap kali ditimpa dugaan,manusia pasti merasakan dia lah yang paling menderita dan bernasib malang di dunia ini.Walhal ada yang lebih dhaif darinya tetapi tidak pernah mengeluh,tetap redha dengan aturan Allah kepadanya.Manusia yang bertaqwa akan memandang kepada orang yang lebih bawah setiap kali didatangkan dengan ujian dariNya kerana hanya dari situ dia melihat dirinya lebih baik dan beruntung.Dia juga menanamkan qanaah dalam dirinya dan menzahirkan rasa syukurnya kepada Allah dengan sebaiknya.Firman Allah dalam Surah Ibrahim:7 yang bermaksud “Dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan,”Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu,maka pasti azabKu amat berat.”

Secara tuntasnya,Allah menguji hambaNya bukan tujuanNya untuk menyeksa,tetapi itu adalah suatu rahmat dariNya.Dan kerana Allah menciptakan manusia untuk kehidupan di akhirat,lantas dunia ini hanya tempat untuk mencari perbekalan.Firman Allah dalam Surah Al-Mukminn:115 yang bermaksud “Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main2 saja,dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”.Justeru,hadapilah ujian dariNya dengan hati yang redha kerana pasti ada hikmat yang tersembunyi di sebaliknya.Kerana semakin sayang Allah pada manusia,semakin dia diuji,namun dirawatnya dengan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan pada hati..Wallahu’alam.


kenapa pelangi??

salam buat sahabat2 sekalian..

ana pasti sahabat2 mungkin tertanya2 kenapa ana memilih nama pelangi.

sahabat2 yg berada dekat dengan ana semestinya tahu bhw sukanya ana kepada pelangi.
ana suka menggunakan nama pelangi..

sahabat2,
manusia selalunya suka akan keindahan..
manusia selalunya suka akan sesuatu yang cantik..

begitu juga ana..
ana menyukai pelangi kerana ia adalah makhluk ALLAH yang sangat cantik..
diterbitkan dengan 7 lapisan warna,munculnya selepas hujan.
makhluk ALLAH yang sangat istimewa,terhasil dari biasan cahaya..

pelangi bagi ana ialah manifestasi suatu keindahan..
tapi kenidahan yang tidak kekal..keindahan yang pasti akan sirna..
pelangi pasti akan sirna bila matahari mula menyinar..
pelangi pasti akan sirna bila mana ALLAH mentakdirkannya hilang dari pandangan kita.
semuanya datang dari ALLAH dan kepadaNYA semua akan kembali..

pelangi bagi ana adalah simbolik kehidupan manusia..
pelbagai ragam,pelbagai warna..semuanya variasi ciptaan ALLAH..

pelangi bagi ana sesuatu yang menginsafkan..
cantik tetapi pasti akan hilang..
semuanya akan pasti hilang..sama seperti bumi yang fana ini..
hanya ALLAH,zat yang pasti akan kekal..kekal selama2lamanya..

salam ukhuwwah.

salam sesuci tautan ukhuwwah..


pertama2 nya ana mengucap sejuta kesyukuran ke hadrat ilahi..
kerana dengan izinNYA..
kerana dengan inayahNYA..
kerana dengan taufiq dan hidayahNYA..
menggerakkan hati ana..minda..dan otot2 ana..
membuat blog ini..
ALHAMDULILLAH..segala puji bagi DIA pemilik sekalian alam..

telah lame sebenarnya,niat untuk membuat blog ini..
sudah agak lame terbuku begitu sahaja di lubuk hati,
tapi kali ini ana tetapkan hati,kuatkan tekad ana untuk buat blog..
ALHAMDULILLAH berhasil,semuanya kerana DIA..

kenapa ana buat blog??
apa yang cari?
ana hanya mencari redha ALLAH..
ana hanya mencari cinta ALLAH..

ana buat semua ni kerana ana sayangkan islam..
ana sayangkan Rasulullah S.A.W..

ana ingin berkongsi..
ana ingin berkongsi dengan sahabat2 ana sekalian..
sahabat yg ana kenal ataupun yg ana tidak kenal..
ana merasa sedikit ilmu yg ana ada ni,ana perlu sampaikan..

ana tumpang gembira,jika sahabat2 sekalian mendapat sesuatu bila singgah di blog ini..
mendapat sesuatu yang berguna untuk kehidupan di dunia dan akhirat..insyaALLAH..

ana mohon..ana mohon agar DIA akan menjaga hati ana..
membawa ana jauh dari perkara yang ana paling takuti bila pertama kali ana menggerakkan jasad ana
untuk buat blog ni..iaitu rasa riak dan bangga dengan apa yg ana lakukan ni..
muga DIA jauhkan ana daripada perkara2 demikian..

salam ukhuwwah..

istikharah cinta ~

jom,,tetapkan matlamat tertinggi..Allah tujuan hidup kami!

Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com


>> berbicara tentang hati..

..menghitung detik2 yang berlalu..


clock-desktop.com

:: buat semua yg bergelar sahabat ::

Friendship Quotes