tentang masa lalu,,


 :: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

pkul1849,17jun2011 bersamaan 15 Rejab 1432 H,,

salam ukhuwwah sahabat2 fillah,,sedikit perkongsian dengan sahabat2,,untuk muhasabah diri dan renungan bersama :)

tentang masa lalu...


mereka berkata,,

lupakan masa lalu..yang lepas usah dikenang lagi,,

perhatikan masa sekarang dalam kehidupanmu,,

betul..betul..dan sangat betul..

tapi usah dilupakan bahawa kerana adanya masa lalu,,
kita adalah kita yg sekarang,,



walau mungkin bukan 100% tetapi insyaALLAH,mungkin kebanyakan drpdnya,

manusia akan lebih baik hari ini sekiranya dia menghargai masa lalunya,,

kerana si bijaksana,,menoleh ke belakang untuk 2 perkara..

yg pertama,mengenang kebaikan dan kegemilangannya lalu dijadikan motivasi untuk mencapai perkara yg sama pada masa sekarang atau mungkin yg lebih baik drpd masa lalu..

yg keduanya,mengenang dan melihat kelemahan dan kepincangan yg pernah menjadi sebahagian dr hidupnya pada masa lalu untuk dijadikan sebagai pedoman agar nantinya "pisang tidak berbuah buat kali yg kedua"..

nah!
itulah yg sesuatu yg patut kita perhatikan drpd masa lalu kita..



biar nanti makin jauh kita menoleh masa lalu..makin maju langkah kita untuk masa depan~

insyaALLAH,,mudah2an :)

nasyid : jalan pulangku..by UNIC



:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU :

rabu,pukul1602,25mei2011..

Jalan Pulangku

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga
Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....

kuatkan hamba YA ALLAH !



:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

rabu,pkul1429,25mei2011..

salam ukhuwwah fillah buat semua,,

alhamdulillah pertama-tama dan selama2nya saya merafakkan kesyukuran yg tak terhitung kepada ALLAH S.W.T kerana atas nikmatNYA saya masih di sini..di dunia yg fana ini..

semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur dengan segala pemberian atau pinjaman DIA kepada kita di dunia ni..ALHAMDULILLAH :)

dan semoga kita semua ditetapkan dalam aqidah yg sahih,,dan berusaha untuk mengamal dan menghayati islam dalam semua aspek kehidupan kita..insyaALLAH mudah2an..

seribu kemaafan sy pohonkan kerana baru sekarang(setelah beberapa bulan) baru berkesempatan untuk mengupdate laman tersayang ne..kalau lah rumah,,dah bersawang teruk rasanya..

dalam meniti kehidupan harian,,terkadang manusia cepat untuk mengeluh,.kadang2 cepat sangat melatah bila ditimpa sesuatu ujian,,kadang2 merasa sangat terbeban dengan semua t/jawab yang ada..kadang2 merasa sudah letih untuk semuanya..

hinggakan  terlupa,,

semuanya datang drpd ALLAH..baik dan buruk tu hanya dalam pandangan kita..namun hakikatnya di sisi ALLAH,itulah yg terbaik buat kita hambaNYA.

kita merasa letih dengan t/jawab kita sebagai seorang da'ie..kita merasa terbeban..tanpa kita sedari sebenarnya itu semua adalah tarbiyyah daripada NYA..

ya,ALLAH sedang menguji nilai imanmu..

di takat manakah?sudah terpasak kukuhkah?

saatnya air mata taubat berguguran,saat itulah kembali tersedar,,kerdil hamba di sisiMU YA ALLAH..

terlalu banyak khilaf dan dosa..tak sepadan dengan nikmat2 yg telah ENGKAU berikan kepadaku..

pintaku,,kuatkanlah hati2 ini YA ALLAH..tiada daya kami tanpa MU..

" apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ' kami telah beriman ' dan mereka tidak diuji? "  al-'ankabut :2

nasyid : satu bintang

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

pkul2017..9mac 2011..6 rabiulawal 1432 H..

Satu Bintang

Album : The Way Of Love
Munsyid : Haddad Alwi
http://liriknasyid.com


Sholla 'alaikallah Yaa Rasulullah sholla 'ala
Rasulillah Muhammad musthofa
Ada satu bintang, sinarnya berseri
Cahaya atas cahaya, tempat yang utama

Amutu wa ahya 'ala hubbikum
Wadzulliya ladaikum wa'izziy bikum

Sholla 'alaikallah Yaa Rasulullah sholla 'ala
Rasulillah Muhammad musthofa

~ jom berselawat ke ats baginda Rasulullah S.A.W.. :)

tulisan sulung 2011 :)

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

pkul2240..
8hb mac 2011,,bersamaan 5 rabiulawal 1432H

assalamualaikum semua :)

alhamdulillah ne post sulung tahun ne,,maaf lama tidak mengupdate dan membiarkan blog kesayangan ne begitu sahaja,,

ada masalah network ckit plus many things yg berlaku dari awal tahun smpai ke bulan3 ne..

semoga tahun 2011 menjadikan kita semua insan yg lebih beriman dan istiqamah di jalan ALLAH :)

alhamdulillah,banyak perkara yg ana sendiri alami tahun ini..insyaALLAH terselit banyak hikmah di sebaliknya,

n mungkin sahabat2 sendiri juga mengalami macam2 perkara n telah nampak hikmah di sebaliknya..alhamdulillah.

n dunia juga menyaksikan banyak perkara..misalnya kebangkitan rakyat di tunisia,seterusnya di mesir menentang pemerintahan zalim,,seterusnya di beberapa lagi negara islam seperti libya.

kenapa?mengapa?

sesungguhnya ada hikmah di sebalik semua ini..

islam is the only way of life..

sesiapa yg mencari kemuliaan dengan selain islam dia akan binasa..

sungguh,janji ALLAH itu sangat benar..kalau bukan sekarang..pasti dan tersangat pasti akan tiba masanya jua..

buka mata..buka minda..pandanglah dengan mata hati ~

wallahu'alam.




lirik nasyid :thank you ALLAH

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

18dis2010..12muharam1432H..

a meaningful song by maher zain.. :)

Thank You Allah

Album : Thank You Allah
Munsyid : Maheer Zain
http://liriknasyid.com


I was so far from You
Yet to me You were always so close
I wanna love in the dark
I close my eyes
To all the signs
You put in my way
I walked the day
Further and further away from You
Oh...
Allah...
You brought me home
I thank You
With every breath I take

Alhamdulillah
Our praise is to Allah

I never thought about
All the things You had given to me
I never thank You once
I was to proud
To see the truth
And prostrate to You
Until I took the first step
And thats when You opened the doors for me
And now Allah I realized what I was missing
By being far from You

Alhamdulillah
Our praise is to Allah

ALLAH...
I wanna to thank You
I wanna to thank You
For all the things that You've got
You've got me through all the years I've been lost
You guiding me from all the ways that were wrong
And indeed You give me hope

Oh ALLAH...
I wanna to thank You
I wanna to thank You
For all the things that You've got
You've got me through all the years I've been lost
You guiding me from all the ways that were wrong
I wanna thank You
For bringing me home

Alhammdulillah
Our praise is to Allah

Pengorbanan didasari iman ~

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

18dis2010..12muharam 1432H..

salam ukhuwwah semua..ingin ana kongsikan artikel ni,berkisar tentang hari raya aidiladha..mgkin agak kelewatan ana postkan(walapun ia ditulis pada hari raya aidiladha baru2 ni) ..atas sebab2 tertentu yg tidak dapat ana elakkan.. :) insyaALLAH sama2 kita hayati ye..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum pembuka coretan.Salam aidiladha buat semua.Penulis merasakan belum terlambat untuk mengucapkannya kepada sekalian pembaca yang dikasihi.

Sebut sahaja Hari Raya Aidiladha,mesti kita semua terbayang akan jutaan jemaah2 haji yang menunaikan rukun islam yang kelima itu di Tanah Suci Makkah dan juga binatang-binatang ternakan yang ‘tumbang’ menjadi korban sempena Aidiladha setiap tahun.Kedua-dua imej tersebut memang sudah sekian lama sebati dengan jiwa dan fikiran kita.Bagai refleks barangkali.

Daripada kaca mata penulis,saban tahun menyambut Aildiladha,suasananya tidak banyak berbeza.Bermula daripada zaman hingusan kecil-kecil dahulu sampailah kepada zaman belajar sekarang.Cuma mungkin yang berbeza tempoh cuti raya Aidiladha bersama keluarga sekarang(pada zaman belajar) tidaklah terlalu panjang jika hendak dibandingkan dengan zaman kecil2 dahulu.Kerana biasanya hari raya Aidiladha atau lebih ‘dekat’ dengan panggilan raya haji ataupun raya kurban ini beriringan dengan cuti akhir tahun persekolahan.

Namun di sini penulis bukanlah berhasrat untuk bercerita panjang lebar tentang suasana sambutan Aidiladha di kampung halaman yang tercinta kerana penulis tahu maklum bahawa pembaca budiman sekalian lebih arif tentang hal tersebut.Apa yang penulis ingin kongsikan buat tatapan mata,minda dan hati kita semua ialah sejarah dan kisah agung di sebalik Hari Raya Aidiladha sekaligus membawa pembaca sekalian menyingkap tabir ibrah atau pengajaran yang Allah anugerahkan buat kita semua melalui peristiwa agung ini.

Peristiwa penuh sejarah ini berlaku saat Nabi Ismail a.s menginjak ke zaman remaja.Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk isteri dan anakandanya di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pengaulan umum.

Sewaktu itulah Nabi Ibrahim a.s mendapat suatu mimpi bahawa Allah S.W.T memerintahkannya untuk menyembalih anakanda belahan jiwanya iaitu Nabi Ismail a.s.Mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah , maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniakan seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan ,seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah , seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawanya oleh tangan si ayah sendiri.

Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah ,menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Harus dilaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.

Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

" Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya."

Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, melainkan berazam tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya.Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah dan berbakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:

" Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah pisaumu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar meringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."

Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:

" Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, berbakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah."

Saatnya kian hampir. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah pisau yang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang pisau di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air silih berganti memandang ke wajah puteranya dan kepada pisau yang berkilau di tangannya, seakan-akan pada masa itu hatinya menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, pisau diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, pisau yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana semestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pergorbanan puteranya,untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam mempersembahkan ketaatan kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, hinggakan apabila ia merasa pisau itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:

" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku."

Akan tetapi pisau itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, karena gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya:

" Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan ."

Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan pisau yang tadinya tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap hari raya Aidiladha di seluruh pelusuk dunia.



istikharah cinta ~

jom,,tetapkan matlamat tertinggi..Allah tujuan hidup kami!

Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com


>> berbicara tentang hati..

..menghitung detik2 yang berlalu..


clock-desktop.com

:: buat semua yg bergelar sahabat ::

Friendship Quotes