>> scientific words :suatu perbandingan..

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

26th august2009 ; 5 ramadhan 1430H

salam mahabbah fillah buat semua..ada sesuatu yang ana kongsikan bersama,muga bermanfaat..

" hati itu ibaratnya tubuh manusia.jangan biarkan virus2 or bacteria invade badan kita,nanti terkontaminasi dek strain2 yang virulance.apabila tubuh dah dapat infection,cepat pulak disseminated all over,tak kisah la bacteraemia ke lymphatic spread..susah nak bagi antibiotik or antiviral..kena pulak virus2 or bacteria yang dah resistant,kena bagi antibiotik yang bacteriacidal btul la..penicilin da out awal2 dah.."

bagi yang faham,alhamdulillah..bagi yang tidak faham sila la jgan segan2 untuk bertanya..

but one thing i want to stress here..

" ALLAH never resistant to accept our taubah "

so..the moral of the story here..
>> sentiasa lah bertaubat kepada Allah.sesungguhnya Allah Maha Penyayang..

:: ahlan ya ramadhan !

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

21ogos2009..

salam seantero alam buat semua..Alhamdulillah masih lagi kita menikmati kehidupan hari ini.Dengan udara kurniaan Allah ini,kita bernafas lalu akhirnya oksigen sampai ke segenap sel dalam badan untuk membolehkan ia berfungsi dengan sempurna..Maha Suci Allah yang menyusun atur kehidupan ini dengan tidak ada cacat celanya..syukur duhai Allah Yang Maha Kaya ats anugerah kehidupan yang tidak terhingga ini..

" Dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan, "sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari,maka pasti azabKu amat berat."
(surah ibrahim : 7)


saat ini terasa hati berdebar-debar,jantung pantas degupnya bagai kencangnya sang kuda berlari menempa jalan.subhanallah..saat yang ditunggu telah datang..Ya Allah,Kau telah menyampaikan hasrat impian hati ini untuk menjadi tetamu di bulan mulia ini..Ahlan2 ya ramadhan..Ramadhan kareem..Ya Allah,ku buka pintu jasad dan hatiku untukMu..

>> kalamullah siri 2 (surah at-Takathur)

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

0715 on 14ogos09

salam semantap ukhwah buat sahabat2 yang dikasihi..ana nk kongsi ilmu ckit,baru2 ni dengar rakaman audio tafsir surah at-takathur oleh ustaz zahazan dari seorang sahabat dan ana rujuk juga tafsir fi zilalil quran karangan ulama' agung as-syahid syed Qutb.sama2 kita hayati,sebagai tazkirah untuk diri sendiri n sahabat2 sekalian.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

1.Bermegah-megahan telah melalaikan kamu*

2.sampai kamu masuk ke dalam kubur

3.sekali-kali tidak!kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu)

4.kemudian sekali-kali tidak!kelak kamu akan mengetahui

5.sekali-kali tidak!sekiranya kamu mengetahui dengan pasti

6.nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka jahim

7.kemudian kamu abenar-benar kan melihat dengan mata kepala sendiri

8.kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang megah di dunia itu)


* = mengumpulkan dan menghitung-hitung harta yang menyebabkan dia menjadi kikir dan tidak mahu menginfakkan harta ke jalan Allah.

info daripada ustaz zahazan :

1.surah ini diturunkan sebagai peringatan kepada manusia supaya jangan terleka atas nikmat kekayaan yang Allah anugerahkan.

2.Apa yang disedekahkan akan menjadi aset manusia di akhirat kelak.

3.Antara tabiat buruk anak Adam ialah selalu hendak "lebih2",ibaratnya dapat satu hendak dua,dapat dua hendak tiga dan seterusnya.

4.Akan berhentinya tabiat yang sedemikian apabila nyawa sudah berakhir iaitu apabila sudah masuk ke alam kubur.

5.Manusia akan dipertanggungjawabkan atas apa yang mereka ada cthnya harta dan kemegahan.

6.Menurut Imam Ahmad bin Hambal dalam kitabnya Az-zuhud,3 perkara yang manusia tidak akan ditanya tentangnya,iaitu :
- rumah tempat ia berteduh
- makanan yang gunanya untuk kebaikan dan pertumbuhan tubuh badannya.
- pakaian yang digunakan untuk menutup auratnya
>> maknanya di sini,selain perkara2 asas yg disebutkan di atas,manusia akan dipertanggungjawabkan atasnya.

dipetik daripada tafsir fi zilalil quran :

1.Surah ini membawa nada yang hebat,menggerun dan mendalam seolah-olah satu suara dari seorang pemberi amran yang berdiri di suatu tempat yang tinggi dan berseru dengan suara yang kuat dan lantang.Ia menggerakkan manusia2 yang lalai,yang mabuk dalam kesenangan dan leka dalam kekeliruan yang sedang menghampiri gaung kebinasaan,sedangkan mata mereka tertutup,pancaindera mereka terpesona dan terpukau.Ia menyeru mereka dengan selantang-lantang suara.

2.ayat 1 & 2 : wahai org2 yg leka,dalam kekeliruan dan yg mabuk dlm kesenangan,wahai org2 yg lalai,yg asyik berlumba-lumba membanyakkan harta kekayaan,anak pinak dan kenikmatan dunia!ingatlah bahawa kamu sekalian lambat laun akan berpisah dengan kekayaan itu.wahai org2 yang tertipu dengan kenikmatan2 hidup,hingga lupa apa yang akan berlaku selepasnya,wahai org2 yang akan meninggalkan semua harta kekayaan dan kesenangan yang menjadi sasaran perlumbaan dan kebanggaan mereka sehingga masuk ke dalam lubang kubur yang sempit di mana tiada ruang lagi untuk berlumba-lumba dan bermegah-mega,sedarlah dan insaflah sesungguhnya kamu telah dilekakan.

3.kemudian Allah mengetuk pintu hati mereka untuk menyampaikan berita2 yg dahsyat yang menunggu mereka selepas mereka masuk ke dalam kubur dengan nada yang mendalam dan menarik ; "sekali-kali tidak!kelak kamu akn mengetahui."

4.kemudian amaran itu diulang sekali lagi dengan menggunakan kata2 yg sama yang masih membawa nada2 yang hebat dan menggerunkan ; " kemudian sekali-kali tidak!kelak kamu akan mengetahui."

5.kemudian amaran itu ditegaskan semakin mendalam dan semakin hebat membayangkan perkara yang dahsyat yang akan berlaku kepada mereka.mereka tidak sedar akan hakikat yang dahsyat itu pada saat2 mereka mabuk dalam kesenangan dan asyik dalam perlumbaan membanyakkan harta kekayaan ; "tidak sekali-kali begitu kerana jika kamu mengetahui akibatnya dengan ilmu yang yakin(nescaya kamu tidak akan berbuat demikian)."

6.kemudian didedahkan suatu hakikat dahsyat yang tersembunyi ; "sesungguhnya kelak kamu akan melihat neraka jahim."

7.kemudian hakikat itu ditagaskan sekali lagi dengan nada yang lebih mencemaskan hati ; "kemudian sesungguhnya kamu akan menyaksikannya dengan penglihatan yang yakin."

8.kemudian disampaikan amaran terakhir yg membuatkan si mabuk menjadi siuman,si lalai tersedar dan si leka memberi perhatian dan orang yg sedang berfoya-foya dalm kenikmatan menggeletar dengan nikmat2 yg ada di dalam tangannya. ; "kemudian sesungguhnya pada hari itu kamu akan ditanya tentang segala nikmat yang telah dinikmati kamu(di dunia).

9.kamu akan ditanya tentang segala nikmat itu dari mana kamu dapat?dan ke mana pula kamu belanjakannya?adakah kamu mendapat nikmat2 itu daripada kerja2 ketaatan dan kamu belanjakan ia pula pada jalan2 ketaatan?atau kamu mendapat mendapat nikmat2 itu maksiat dan kamu belanjakan ia pula pada jalan maksiat?adakah kamu memperolehi nikmat itu dari sumber yang halal dan membelanjakan ia pada jalan yg halal?atau kamu memperolehinya daripada sumber yang haram dan membelanjakan ia pula pada jalan yang haram?adakahn kamu bersyukur kepada Allah terhadap nikmat2 itu?adakah kamu menunaikan zakat?adakah kamu membahagi2kn nikmat itu kepada org lain?atau kamu bolotkan nikmat itu untuk diri kamu sahaja?

10.kamu akan ditanya tentang kegiatan2 hidup kamu yang berlumba-lumba membanyakkan harta kekayaan dan bermegah-megah dengannya.itulah tanggungjawab yang dipandang ringan oleh kamu pada saat2 kamu sedang leka dalm nikmat kesenangan tetapi akibatnya kamu akan menanggung duka nestapa yang amat berat.

11.surah ini merupakan surah yang amat jelas maksudnya.ia menyampaikan maksud2nya secara lansung ke dalam hati manusia dan menjadikan hati mereka memberi perhatian yang berat kepada akhirat dan mengenepikan kenikmatan2 dunia yang remeh dan minat2 kesukaan yang kecil yg menjadi kegemaran org2 yang kosong jiwanya.

12.surah ini menggambarkan kenikmatan hidup dunia ibarat satu tayangan sekilas dalam sebuah filem yang panjang ; "kamu akan dilekakan oleh pertandingan bermegah2 mendapat banyak harta kekayaan.sehingga kamu masuk ke dalam kubur."

13.kemudian tayangan itu berakhir dengan menutup lembarannya yang pendek.dan selepas hidup dunia,zaman akan terus melanjut dan memanjang dengan bebanan2nya yg bertambah sarat.

14.pengungkapan ayat2 itu sendiri menyampaikan saranan2 menjadi hakikat yg dibicarakan itu selaras dengan susunan ungkapan yg unik itu.

15.sebaik sahaja seseorang membaca surah yg hebat,mendalam dan menggerunkan ini,yg pada mulanya menjulang naik dengan nada yg lantang ke angkasa kemudian turun dengan nada yg tenang ke dalam lubuk hati,ia akan merasa betapa beratnya tanggungjawab hidup yg dihayatinya sebentar di dunia ini,kemudian ai akan memikul tanggungjawab yg berat itu dalam perjalanannya,kemudian di sanalah ia akan menghisabkan dirinya sendiri terhadap segala nikmat yg dinikmatinya.

wallahu'alam..

>> nasyid: Jauhnya syurga

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

JAUHNYA SYURGA -hAIKAL

09ogos2009

ku cuba menguyah keaiban di dalam diri ini
yang tertuang dalam bekas kesedaran
ku cuba menelan rasa cemas yang meracik hati jua perasaan ku
di hening taubat dan penyerahan

andai ditakdirkan waktu diundurkan kisah silam berulang
pastinya kembali mengayam ilusi mewarnai mimpi
selagi berpaut kepada impian yang entah terjadi
menafikan takdir dan ketentuanNya merubahi nasib
bukanlah ini kebetulan tapi suatu pertarungan
di antara nafsu dengan keimanan

ku sangka ku jumpa rupanya bayangan
telah ku rentasi hutan penuh dosa
mengapa ku ragu setelah dinyatakan
kepastian yang belum ku temui
sekian lamanya telah termateri suatu perjanjian
jauhnya syurga untuk aku jejaki..


* sama2 lah kita hayati lirik nasyid ini..muga Allah sentiasa memberkati kita semua.sesungguhnya rahmat Allah itu luas bagi hamba2Nya.

..come back pelangi

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

09ogos2009

salam mawaddah buat semua.terasa sedikit kaget hendak memulakan penulisan al maklum la sudah lama rasanya ana tidak menghantar sebarang entri ke blog yang ana sayang ni.


..3 bulan yang penuh coretan kisah..


rasanya kali terakhir ana menulis di ruangan ini adalah pada pertengahan bulan mei yang lalu.saat itu ana disibukkan dgn tugasan pengajian selepas tamatnya fnal exam.then,cuti bbrapa mggu di rumah.lalu dengan ketiadaan kemudahan jalur2 lebar di rumah,ana tidak berkesempatan untuk menjenguk ke ruangan ini.

3 bulan belakangan ini ana dijengah pelbagai rasa.antara yang paling terkesan di hati ialah pemergian bonda tersayang ke rahmatullah pada 9julai yang lalu(Al Fatihah buat arwah bondaku..doakan muga rohnya sejahtera di alam sana dan ditempatkan bersama roh orang2 yang beriman).terasa saat bagai membeku seketika,seakan ana tidak percaya bahawa sesungguhnya ana telah kehilangan dia.namun segalanya adalah aturan daripada Allah Yang Maha Esa,Dia lebih tahu semua yang terbaik untuk hambaNya.Insyaallah kami sekeluarga dapat menerima hakikat ini..setiap yang hidup pasti menemui kematian..kematian itu suatu peringatan bagi mereka yang hidup.masih terakam segar di hati dan minda ana jenazah arwah bonda dengan wajah yang tersenyum.,muga bonda bahagia di alam sana.subhanallah,,kita sendiri belum tahu nasib kita saat kematian menjemput nanti..muga2 kita semua dikurniakan husnul khatimah..amiinn.

buat sahabat2 yang banyak memberi sokongan,syukran jazilan ana ucapkan..alhamdulillah kalian adalah teman2 yang sangat baik.muga Allah membalas jasa kalian,insyallah.


..diserang virus M1L1..

belakangan ini rasanya dunia sibuk2 dengan pandemik H1N1..malaysia tidak terkecuali.dengan kes yang semakin meningkat dan kes kematian yang baru,tidak hairan lah jika wabak ini ditakuti.mudah2an Allah melindungi kita daripada wabak ini,insyaallah.namun berbeza dengan keadaan ana yang berkemungkinan diserang suatu wabak yang lebih bahaya,iaitu M1L1 a.k.a malas menulis.memang tiap kali ana membuka ruangan ana ini,terlintas di hati sanubari ana untuk mencatatkan sesuatu di ruangan ilmiah ini tetapi ana seakan malas untuk menulis.ana lantas mengkoreksi diri,terlalu daif dan naif rasanya.Duhai Allah ampunkan segala kekhilafanku selama ini.ana mengagumi adik ana yang istiqamah dalam penulisan blognya,mudah2an dia sukses selalu.alhamdulillah Allah memberi kekuatan pada ana saat ini untuk menulis.segala puji bagi Allah.

" Sebesar-besar kebajikan itu adalah berakhlak dengan akhlak yang baik,dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain."-Hadith riwayat Muslim.

wallahu 'alam..

istikharah cinta ~

jom,,tetapkan matlamat tertinggi..Allah tujuan hidup kami!

Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com


>> berbicara tentang hati..

..menghitung detik2 yang berlalu..


clock-desktop.com

:: buat semua yg bergelar sahabat ::

Friendship Quotes