"dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kpd ALLAH,dan mengerjakan kebajikan dan berkata,"sungguh,aku termasuk orang2 muslim(yang berserah diri)?" 41:33
Desir bayu malam sayup-sayup menyapa, sejuk menjenguk sampai ke rawan..
Di bawah terang suluhan lampu kalimantan berteleku seorang hamba..
Usai dua rakaat menghadap MALIKnya dua telapak tangan bertemu dalam kusyu'..
Butir2 kata pengharapan terdengar dalam syahdu cermin kepada jiwa nan merindu rindu dengan sangat rindu pada Sang Pencipta Yang Maha Akbar..
" Tuhanku..andai ini sembahan rakaat2 yang terakhir daripadaku, ku mohon dengan sangat..perkenankannya sebagai ibadat yang Engkau redhai.. Andai esok bagiku tiada dalam catatanMU,ku mohon..KAU akhirkanlah hayatku dengan husnul khatimah.."
sebahagian daripada nasihat Rasulullah S.A.W kepada umatnya ialah :
" Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hambaNya apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka."
dipetik dari buku ' Ayyuhal Walad '(wahai anakku yg tercinta) karangan Imam Al-Ghazali Rahimahullah.