>> sajak : munajat..


:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

28mei09

Desir bayu malam
sayup-sayup menyapa,
sejuk menjenguk sampai ke rawan..

Di bawah terang
suluhan lampu kalimantan
berteleku seorang hamba..

Usai dua rakaat menghadap MALIKnya
dua telapak tangan
bertemu dalam kusyu'..

Butir2 kata pengharapan
terdengar dalam syahdu
cermin kepada jiwa nan merindu
rindu dengan sangat
rindu pada Sang Pencipta Yang Maha Akbar..

" Tuhanku..andai ini sembahan rakaat2 yang terakhir daripadaku,
ku mohon dengan sangat..perkenankannya sebagai ibadat yang Engkau redhai..
Andai esok bagiku tiada dalam catatanMU,ku mohon..KAU akhirkanlah hayatku
dengan husnul khatimah.."

Amiinn Ya Rabbal 'Alamin..

2330,27mei09..


>> WAKTU itu KEHIDUPAN..


:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

13mei09



wahai anakku yang tercinta,


sebahagian daripada nasihat Rasulullah S.A.W kepada umatnya ialah
:



" Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hambaNya apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka."

dipetik dari buku ' Ayyuhal Walad '(wahai anakku yg tercinta) karangan Imam Al-Ghazali Rahimahullah.



istikharah cinta ~

jom,,tetapkan matlamat tertinggi..Allah tujuan hidup kami!

Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com


>> berbicara tentang hati..

..menghitung detik2 yang berlalu..


clock-desktop.com

:: buat semua yg bergelar sahabat ::

Friendship Quotes