..buku : tokoh2 kesarjanaan Islam..siri1

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

pkul 1701 27mei 2010..

salam secangkir sayang buat semua..ana ingin kongsikan di sini sedikit petikan daripada buku TOKOH-TOKOH KESARJANAAN SAINS ISLAM karangan PROF MAHMOOD ZUHDI BIN ABD MAJID yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2000..

TOKOH-TOKOH TERNAMA DALAM ISLAM

1)AL-HARTH IBN KALADAH (634M)
AHLI PERUBATAN ISLAM PALING AWAL

Orang Islam terawal, berasal dari Taif. Beliau banyak merantau dan belajar ilmu perubatan di
Yaman dan lebih banyak belajar mengenai ubat-ubatan di Parsi. Juga berkebolehan dalam muzik.Sempat bersahabat dengan Rasulullah dan 4 Khalifah selepas baginda. Saad Ibn Abi Waqas yang jatuh sakit di Mekah sembuh setelah dirawat oleh Ibn Kaladah selepas dipanggil oleh
Rasulullah. Ibn Kaladah menyimpan baynak rekod dalam bidang perubatan dan penyakit2 serta
cara merawatnya. Catatan menarik berkenaan beliau ialah peristiwa beliau menemui Kisra Anu
Syirwan, Maharaja Sasan. Pelbagai soalan diajiakn oleh maharaja tersebut dan beliau
memberikan jawapan2 yang membuatkan maharaja itu tertarik seperti jangan makan terlalu
kenyang, jangan merjemur matahari dan perut ialah rumah penyakit.

2)AL-KHAWARIZMI (846M)
PENGASAS ILMU ALGEBRA

Berasal dari Khawarizm atau Khuway, selatan Tasik Aral, Turkistan. Juga dikenali sebagai
Abdullah itu kemudian berpindah ke Baghdad. Berkemahiran tinggi dalam bidang matematik,
falak, geografi dan sejarah memudahkannya menguasai ilmu2 India dan Greek sekaligus.
Beliaulah yang mula2 mengguanakn istilah algebra atau “al-jabr” dalam bahasa Arab.
Memperkenalkan sistem angka India kepada orang Arab dan Barat. Istilah matematik, “logaritma” telah dicipta oleh orang Barat bagi mengenang jasa2 beliau. Antara buku beliau yang popular ialah al-Ziq1&2, al-Rakhamah dan al-Tarikh. Yang paling popular ialah al-Jabr wa al-Muqabalah ringkasan buku lain untuk memudahkan pedagang2 membacanya.

3)AL-KHINDI (866M)
BAPA FALSAFAH ISLAM

Banyak pihak tertarik untuk mendalami falsafah apabila falsafah Greek dibawa masuk ke dalam
masyarakat Islam, Al-Khindi ialah salah seorang daripadanya. Nama penuh- Abu Yusuf Ya’aqub
bin Ishak bin al-Sabah al-Kindi, keturunan raja2 Ghasasinah dan lahir di Basrah. Bapanya ialah
pegawai kerajaan Abbasiyah. Beliau gigih menuntut ilmu ketika di Baghdad tetapi hanya terkenal
pada zaman Khalifah al-Makmun. Menjadi guru kepada anak khalifah pada zaman pemerintahan
al-Mu’tasin iaitu Ahmad. Beliau seorang ahli falsafah Islam yang agung. Pengetahuan yang luas
6 dalam ilmu dan pemikiran Greek dan hampir mahir dalam semua cabang yang ada. Jumlah
karyanya adalah dianggarkan lebih daripada 270 buah, mencakupi bidang metafizik, matematik,
logik, falak, geografi, muzik, geometri, perubatan dan ilmu2 lain. Semua iu terkumpul hinggasekarang. Sangat teliti dalam penggunaan istilah dan menjadikan matematik sebagai asas. Minat yang tinggi dan hasil penyelidikan yang luas dalam sains tetapi masih berminat mantafsirkan alam berlandaskan agama. Gemar bertolak ansur dan tidak angkuh dalam hal2 ilmu. Pandangan beliau tentang falsafah ialah matematik perlukan pengendalian.

setakat ini dahulu,insyaAllah akan bersambung..

>> lirik lagu : jodoh dan takdir..

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

pkul 1842 26mei 2010.

ana kongsikan sebuah lagu nasyid yang baru ana jumpa.tajuknya jodoh dan takdir oleh kumpulan misk..

sama2 kita hayati..terutamanya buat sahabat2 muslimat.

..JODOH DAN TAKDIR..

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

:: peringatan buat DIRIKU yang sering lupa ::


:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

19mei 2010.pkul 1006.





mereka yang hidup tanpa matlamat ibaratnya bermain bola tanpa gol..

ingatlah diri!

kau diciptakan untuk beribadat kepada Penciptamu yang Maha Agung dan untuk memakmurkan muka bumi Allah ini.

kelak kau akan ditanya tentang segalanya yang telah kau perbuat.maka bertakwalah!

pakaikan sifat ketakwaan pada dirimu walau di mana kau berada!

>> lirik lagu : memburu impian.

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

19 mei 2010.pkul 0952.

salam ukhuwwah buat semua.ingin ana kongsikan lirik lagu latar blog ne..sebuah lagu lama..nyanyian asli oleh Kazar..terimalah..


MEMBURU IMPIAN..

ku jejak jalan yang berliku

membara jiwaku memburu impian

ku renang lautan bergelora

biarpun tersadai di hujung dunia

akan kurempuhi segala rintangan

biarpun rebah ku bangun sendiri

akanku gangam biarpun hitam

menjadi milikku

ku mula dengan langkah ini

menuju sinaran yang abadi.

* bersama kita hayati senikatanya.semoga menambah semangat kita untuk terus berusaha melakukan yang terbaek demi mencapai cita2 untuk meninggikan islam di dunia!insyaAllah.


istikharah cinta ~

jom,,tetapkan matlamat tertinggi..Allah tujuan hidup kami!

Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com


>> berbicara tentang hati..

..menghitung detik2 yang berlalu..


clock-desktop.com

:: buat semua yg bergelar sahabat ::

Friendship Quotes