>> kalamullah siri 2 (surah at-Takathur)

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

0715 on 14ogos09

salam semantap ukhwah buat sahabat2 yang dikasihi..ana nk kongsi ilmu ckit,baru2 ni dengar rakaman audio tafsir surah at-takathur oleh ustaz zahazan dari seorang sahabat dan ana rujuk juga tafsir fi zilalil quran karangan ulama' agung as-syahid syed Qutb.sama2 kita hayati,sebagai tazkirah untuk diri sendiri n sahabat2 sekalian.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

1.Bermegah-megahan telah melalaikan kamu*

2.sampai kamu masuk ke dalam kubur

3.sekali-kali tidak!kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu)

4.kemudian sekali-kali tidak!kelak kamu akan mengetahui

5.sekali-kali tidak!sekiranya kamu mengetahui dengan pasti

6.nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka jahim

7.kemudian kamu abenar-benar kan melihat dengan mata kepala sendiri

8.kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang megah di dunia itu)


* = mengumpulkan dan menghitung-hitung harta yang menyebabkan dia menjadi kikir dan tidak mahu menginfakkan harta ke jalan Allah.

info daripada ustaz zahazan :

1.surah ini diturunkan sebagai peringatan kepada manusia supaya jangan terleka atas nikmat kekayaan yang Allah anugerahkan.

2.Apa yang disedekahkan akan menjadi aset manusia di akhirat kelak.

3.Antara tabiat buruk anak Adam ialah selalu hendak "lebih2",ibaratnya dapat satu hendak dua,dapat dua hendak tiga dan seterusnya.

4.Akan berhentinya tabiat yang sedemikian apabila nyawa sudah berakhir iaitu apabila sudah masuk ke alam kubur.

5.Manusia akan dipertanggungjawabkan atas apa yang mereka ada cthnya harta dan kemegahan.

6.Menurut Imam Ahmad bin Hambal dalam kitabnya Az-zuhud,3 perkara yang manusia tidak akan ditanya tentangnya,iaitu :
- rumah tempat ia berteduh
- makanan yang gunanya untuk kebaikan dan pertumbuhan tubuh badannya.
- pakaian yang digunakan untuk menutup auratnya
>> maknanya di sini,selain perkara2 asas yg disebutkan di atas,manusia akan dipertanggungjawabkan atasnya.

dipetik daripada tafsir fi zilalil quran :

1.Surah ini membawa nada yang hebat,menggerun dan mendalam seolah-olah satu suara dari seorang pemberi amran yang berdiri di suatu tempat yang tinggi dan berseru dengan suara yang kuat dan lantang.Ia menggerakkan manusia2 yang lalai,yang mabuk dalam kesenangan dan leka dalam kekeliruan yang sedang menghampiri gaung kebinasaan,sedangkan mata mereka tertutup,pancaindera mereka terpesona dan terpukau.Ia menyeru mereka dengan selantang-lantang suara.

2.ayat 1 & 2 : wahai org2 yg leka,dalam kekeliruan dan yg mabuk dlm kesenangan,wahai org2 yg lalai,yg asyik berlumba-lumba membanyakkan harta kekayaan,anak pinak dan kenikmatan dunia!ingatlah bahawa kamu sekalian lambat laun akan berpisah dengan kekayaan itu.wahai org2 yang tertipu dengan kenikmatan2 hidup,hingga lupa apa yang akan berlaku selepasnya,wahai org2 yang akan meninggalkan semua harta kekayaan dan kesenangan yang menjadi sasaran perlumbaan dan kebanggaan mereka sehingga masuk ke dalam lubang kubur yang sempit di mana tiada ruang lagi untuk berlumba-lumba dan bermegah-mega,sedarlah dan insaflah sesungguhnya kamu telah dilekakan.

3.kemudian Allah mengetuk pintu hati mereka untuk menyampaikan berita2 yg dahsyat yang menunggu mereka selepas mereka masuk ke dalam kubur dengan nada yang mendalam dan menarik ; "sekali-kali tidak!kelak kamu akn mengetahui."

4.kemudian amaran itu diulang sekali lagi dengan menggunakan kata2 yg sama yang masih membawa nada2 yang hebat dan menggerunkan ; " kemudian sekali-kali tidak!kelak kamu akan mengetahui."

5.kemudian amaran itu ditegaskan semakin mendalam dan semakin hebat membayangkan perkara yang dahsyat yang akan berlaku kepada mereka.mereka tidak sedar akan hakikat yang dahsyat itu pada saat2 mereka mabuk dalam kesenangan dan asyik dalam perlumbaan membanyakkan harta kekayaan ; "tidak sekali-kali begitu kerana jika kamu mengetahui akibatnya dengan ilmu yang yakin(nescaya kamu tidak akan berbuat demikian)."

6.kemudian didedahkan suatu hakikat dahsyat yang tersembunyi ; "sesungguhnya kelak kamu akan melihat neraka jahim."

7.kemudian hakikat itu ditagaskan sekali lagi dengan nada yang lebih mencemaskan hati ; "kemudian sesungguhnya kamu akan menyaksikannya dengan penglihatan yang yakin."

8.kemudian disampaikan amaran terakhir yg membuatkan si mabuk menjadi siuman,si lalai tersedar dan si leka memberi perhatian dan orang yg sedang berfoya-foya dalm kenikmatan menggeletar dengan nikmat2 yg ada di dalam tangannya. ; "kemudian sesungguhnya pada hari itu kamu akan ditanya tentang segala nikmat yang telah dinikmati kamu(di dunia).

9.kamu akan ditanya tentang segala nikmat itu dari mana kamu dapat?dan ke mana pula kamu belanjakannya?adakah kamu mendapat nikmat2 itu daripada kerja2 ketaatan dan kamu belanjakan ia pula pada jalan2 ketaatan?atau kamu mendapat mendapat nikmat2 itu maksiat dan kamu belanjakan ia pula pada jalan maksiat?adakah kamu memperolehi nikmat itu dari sumber yang halal dan membelanjakan ia pada jalan yg halal?atau kamu memperolehinya daripada sumber yang haram dan membelanjakan ia pula pada jalan yang haram?adakahn kamu bersyukur kepada Allah terhadap nikmat2 itu?adakah kamu menunaikan zakat?adakah kamu membahagi2kn nikmat itu kepada org lain?atau kamu bolotkan nikmat itu untuk diri kamu sahaja?

10.kamu akan ditanya tentang kegiatan2 hidup kamu yang berlumba-lumba membanyakkan harta kekayaan dan bermegah-megah dengannya.itulah tanggungjawab yang dipandang ringan oleh kamu pada saat2 kamu sedang leka dalm nikmat kesenangan tetapi akibatnya kamu akan menanggung duka nestapa yang amat berat.

11.surah ini merupakan surah yang amat jelas maksudnya.ia menyampaikan maksud2nya secara lansung ke dalam hati manusia dan menjadikan hati mereka memberi perhatian yang berat kepada akhirat dan mengenepikan kenikmatan2 dunia yang remeh dan minat2 kesukaan yang kecil yg menjadi kegemaran org2 yang kosong jiwanya.

12.surah ini menggambarkan kenikmatan hidup dunia ibarat satu tayangan sekilas dalam sebuah filem yang panjang ; "kamu akan dilekakan oleh pertandingan bermegah2 mendapat banyak harta kekayaan.sehingga kamu masuk ke dalam kubur."

13.kemudian tayangan itu berakhir dengan menutup lembarannya yang pendek.dan selepas hidup dunia,zaman akan terus melanjut dan memanjang dengan bebanan2nya yg bertambah sarat.

14.pengungkapan ayat2 itu sendiri menyampaikan saranan2 menjadi hakikat yg dibicarakan itu selaras dengan susunan ungkapan yg unik itu.

15.sebaik sahaja seseorang membaca surah yg hebat,mendalam dan menggerunkan ini,yg pada mulanya menjulang naik dengan nada yg lantang ke angkasa kemudian turun dengan nada yg tenang ke dalam lubuk hati,ia akan merasa betapa beratnya tanggungjawab hidup yg dihayatinya sebentar di dunia ini,kemudian ai akan memikul tanggungjawab yg berat itu dalam perjalanannya,kemudian di sanalah ia akan menghisabkan dirinya sendiri terhadap segala nikmat yg dinikmatinya.

wallahu'alam..

2 comments:

  1. salam saya pinjam entry anda utk disebarkan jzkk
    btw spe ustaz zahazan ye?

    ReplyDelete

istikharah cinta ~

demi masa..

jom,,tetapkan matlamat tertinggi..Allah tujuan hidup kami!

>> berbicara tentang hati..

..menghitung detik2 yang berlalu..


clock-desktop.com

:: buat semua yg bergelar sahabat ::

Friendship Quotes