mencari erti sebuah pengorbanan..siri 1

pkul 2320,06disember2009..

salam buat semua sahabat2..salam aidiladha buat semua,alhamdulillah kerana Allah masih menganugerahkan kesempatan nyawa untuk kita menyambut aidiladha tahun ini.

bila bercakap tentang aidiladha/hari raya korban ni..kita mesti terbayang dengan peristiwa bersejarah yang terjadi di sebalik sambutan penuh bermakna ni..

ya..sejarah di mana melibatkan dua orang nabi utusan Allah..Nabi Ibrahim a.s dan anakandanya Nabi Ismail a.s..mari kita soroti bersama kisah penuh erti ini.sebuah kisah teladan pengorbanan yang dititipkan olehNya untuk dihayati oleh umat  manusia.

firman Allah dalam surah As-saffat :102-107..yang bermaksud,

Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya,Ibrahim berkata; “wahai anakku!sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu.maka pikirkanlah bagaimana pendapatmu!” Dia Ismail menjawab; “wahai ayahku!lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu.InsyaAllah engkau akan mendapati aku termasuk orang yang sabar.”

Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia(Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya (untuk melaksanakan perintah Allah),

lalu kami panggil dia, “wahai Ibrahim”

“sungguh,engkau telah membenarkan mimpi itu”.sungguh ,demikianlah kami memberi balasan kepada orang2 yang berbuat baik.

Sesungguhnya ini benar2 ujian yang nyata.

Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

Sahabat2ku..begitu tulus dan luhurnya peribadi kedua-dua utusan Allah ini hingga sanggup berkorban apa sahaja demi melaksanakan perintah Allah.

Sebenarnya,pengorbanan Nabi Ibrahim bermula sejak sekian lama.saat dirinya disimbahi dengan petunjuk Allah,baginda tega berpaling daripada kehidupan kaumnya yang menyembah berhala malah ayahnya sendiri adalah tukang pembuat berhala.Nabi Ibrahim berhasil dalam pencarian mencari Pencipta dirinya dan seluruh alam ini,iaitu Allah Rabbul Jalil..pengorbanan Nabi Ibrahim juga terbukti dalam peristiwa baginda meninggalkan Siti Hajar dan anakanda tercinta yang baru dilahirkan ketika itu,Nabi Ismail a.s di tengah2 terik panasnya mentari padang pasir kerana perintah Allah..dan banyak lagi peristiwa2 yang memaparkan nilai2 pengorbanan kedua-dua insan pilihan Allah ini.rasa2nya sahabat2 boleh semak sendiri,ye.

sahabat2ku..sama-samalah kita renungi dan hayati nilai2 pengorbanan ini.tanyalah pada diri kita..apakah kita betul2 memahami hakikat pengorbanan itu sendiri?

No comments:

Post a Comment

istikharah cinta ~

jom,,tetapkan matlamat tertinggi..Allah tujuan hidup kami!

Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com


>> berbicara tentang hati..

..menghitung detik2 yang berlalu..


clock-desktop.com

:: buat semua yg bergelar sahabat ::

Friendship Quotes