>> bersangka baik kepada Allah..

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

pkul1817,04januari2010..

salam kasih sayang buat semua.muga semua dalam lindunganNya..

teringin ana kongsikan sebuah hadith Qudsi dengan kalian..diriwayatkan dari Imam Bukhari dan Muslim yang berbunyi :

daripada Abu Hurairah r.a beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda " Allah yang Maha Mulia dan Maha Tinggi martabatNya berfirman," AKU seperti yang disangka oleh hambaKu dan AKU sentiasa bersamanya setiap kali dia mengingatiKu.AKU benar2 gembira menerima taubat hambaKu,lebih gembira daripada saudara yang menjumpai barangnya kembali di padang pasir.Siapa yang datang dekat kepadaKu sejengkal,maka AKU datang dekat kepadanya sehasta.Siapa dekat kepadaKu sehasta,maka AKU datang dekat kepadanya sedepa.Apabila dia datang berjalan kepadaKu,maka AKU berlari-lari kepadanya."

jadi sahabat2ku..senantiasalah bersangka baik kepada Allah dan segera bertaubat kepadaNya..kita ini manusia yang tidak terlepas daripada membuat dosa..hatta sekecil zarah sekalipun..moga2 Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita dalam kita menjalani kehidupan ini.

Barokallahulakum..

Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment

istikharah cinta ~

demi masa..

jom,,tetapkan matlamat tertinggi..Allah tujuan hidup kami!

>> berbicara tentang hati..

..menghitung detik2 yang berlalu..


clock-desktop.com

:: buat semua yg bergelar sahabat ::

Friendship Quotes