~ kerana cinta harus memilih ~ ^ kenapa harus terburu-buru^

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

pkul 0920,17 oktober 2010..

salam mawaddah buat semua..alhamdulillah diberi kesempatan kepada ana untuk kembali mencoret di laman yg tersayang ini.. :)


ok,kali ini ingin berkongsi dengan antum satu chapter dalam buku kesukaan ana yg diberi judul "kerana cinta harus memilih" karya borhan soddiq.

.......................................................................................................................

"sudah punya kekasih,belum?"
"kenapa tidak punya kekasih?"
"masih mahu sendirian?"
"belum ada yang sesuai?"

Seperti Amerika menyerang Iraq,kita diserang bertubi-
tubi dengan aneka persoalan.tidak boleh berhelah,tidak boleh mencari alasan.Tengok kiri dan kana
n,semuanya sama sahaja,banyak sudah teman2 yang bergandingan,berasyik-asyik di kegelapan,berdua-duaan menyambung dosa tanpa henti.

Luluh pertahanan hati,lingkungan memaksa kita untuk hidup seperti mereka,agar tidak dicap kaku,ekslusif dan rasa berbeza.


Pupus kemuliaan diri,menjaga kehormatan beratnya setengah mati,hidup terasing dalam lingkungan yang merayu setiap hari.Memadu kasih,menyapa sayang akhirnya bukanlah suatu yang istimewa.Tidak istimewa kerana tiada masa menunggu yang panjang.Tidak pula me
narik hati kerana boleh bertukar ganti sesuai selera.

Mudah sekali menjalin hubungan dan mudah sekali memutuskan hubungan.Mencintai dan dicintai tidak menjadi asyik lagi.Masa muda dilihat serba sempurna sekadar memuaskan mata,memanjakan hasrat jiwa dan mengabaikan larangan Allah.

Apa yang membuat kita berasa harus menyemai cinta di usia belia?Apa yang membuat kamu berasa harus berlatih,mengolah hati dan mengolah perasaan untuk sesuatu bernama 'cinta yang terlarang' ?Apa yang membuat kamu bersusah payah membagi konsentrasi dan fikiran untuk sesuatu yang justeru menghasilkan pundi2 dosa?

Apakah bila cinta tidak menghampiri,ia tidak akan datang selamanya?Apakah kalau kita tidak merasakannya sekarang kita akan menjadi makhluk yang aneh di dunia?Sama sekali tidak.

Masa muda adalah masa yang produktif.Masa muda menancapkan pengaruh di hati dan jiwa.Masa muda untuk merenda mimpi akan masa depan yang penuh dengan prestasi yang gemilang.Masa muda adalah masa untuk mengumpulkan bekal untuk hidup yang semakin mendatang.


Inilah masa untuk kembali memberi erti pada dunia yang kita huni.Sertai semangat anak muda,berjuanga di hiruk pikuk cubaaan dunia.Inilah masa untuk mengasah kemampuan,mengumpulkan kemahuan dan berharap adanya perubahan yang besar.

~~ jom kita muhasabah diri!jangan sia2kan masa muda dangan sesuatu yang tidak pasti ke mana akhirnya ..

wallahua'alam..


No comments:

Post a Comment

istikharah cinta ~

jom,,tetapkan matlamat tertinggi..Allah tujuan hidup kami!

Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com


>> berbicara tentang hati..

..menghitung detik2 yang berlalu..


clock-desktop.com

:: buat semua yg bergelar sahabat ::

Friendship Quotes