Bagaimana kita sepatutnya menerima nasihat.

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

pkul 10.14pagi on 10 november 2009.

ana memetik nasihat ke-2 dalam buku "AYYUHAL WALAD" karangan Al Imam Hujjatul Islam(Imam Al-Ghazali Rahimahullah)..

wahai anakku yang tercinta..

memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi sesiapa yang mengikuti kehendak hawa nafsunya.

nafsu sangat mencintai perkara2 yang dilarang apatah lagi bagi orang2 yang mencari ilmu yang rasmi(maksudnya mencari ilmu supaya mendapat gelaran yang rasmi) serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan mengumpulakn kesenangan dunia,kerana orang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaannya maka ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu.

orang yang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan i'tiqad dan pemikiran falsafah (penterjemah:yang dimaksudkan dengan ahli falsafah ini boleh diertikan dengan orang yang mempunyai fahaman sekular di zaman sekarang)

subahanallah,alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini.bukankah ia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila ia telah menghasilkan ilmu kemudian ia tidak beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya itu,nanti pada hari kiamat ia akan disoal dengan soalan yang lebih berat daripada orang yang tidak mengetahui apa2.seperti yang telah disebutkan dalam hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

" orang yang paling pedih siksaannya pada hari kiamat nanti adalah seorang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya."

dan diriwayatkan daripada Imam Al Junaid Al Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu bahawa ada seorang bermimpi bertemu dengan beliau di waktu tidur selepas kematian beliau.Lalu orang ini bertanya kepada Imam Al Junaid Al Baghdadi dengan katanya :
apa khabar kamu wahai Abu Al Qasim(Al Junaid Al Bahgdadi)?lalu beliau menjawab:sebenarnya telah hilang ilmu yang zahir juga ilmu yang batin.dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat yang sempat kami lakukan di tengah malam.


sama2 kita renungkan..ilmu itu untuk diamalkan,,mengingatkan diri sendiri juga..








1 comment:

istikharah cinta ~

jom,,tetapkan matlamat tertinggi..Allah tujuan hidup kami!

Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com


>> berbicara tentang hati..

..menghitung detik2 yang berlalu..


clock-desktop.com

:: buat semua yg bergelar sahabat ::

Friendship Quotes