siri 2 : tokoh2 kesarjanaan sains islam

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

pkul 0805 02 julai 2010..

alhamdulillah,dapat kembali mencoret ke blog dikasehi ne.

apa khabar semua?harap2 nya sihat dan afiat di samping insan2 yang disayangi.

ne ana nak menyambung kembali di bekenaan tokoh2 kesarjanaan sains dalam islam.

AL-BATTANI (929M)
PAKAR ILMU FALAK

Abdullah Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan al-harrani al-Raqi @ al-Battani. Ilmu falak menjadi ilmu yang sangat diminati pada zaman kebangkitan Islam. Ilmu ini memperkatakan tentang
pergerakan bintang dan kaitannya dengan bumi. Pakar2 falak pada zaman Abbasiyah dilantik
sebagai pegawai2 yang bertanggungjawab dalam menasuhati hal2 astronomi. Pencapaian
sangat besar, ilmu2 terkumpul dari pelbagai negara. Sumbanganal-Battani yang dapat dilihat
dala ilmu geometri, fizik, kira2, dan kaji bintang. Membetulkan kesilapan Batlaimus dari Yunani
dalam bukunya, al-Mijisti. Mukadimahnya ialah kebaikan ilmu falak. Kajian dijalankan di balai
cerap bintang di Rakqah. Ada juga dijelaskan hubungan ilmu falak denagn ilmu nujum,
pergerakan cakerawala dan kesan2nya terhadap kejadian di bumi. Ilmu nujum disimpulkan
sebagai karut semata2.

AL-SARKASHI (889M)
PEWARIS KETOKOHAN AL-KINDI

Ahli keluarga dan anak murid al-Kindi. Nama penuh- Abu al-Abbas Ahmad Ibn Muhammmad Ibn Marwan atau lebih dikenali sebagai Ahmad Ibn al-Taiyib al-Sarkashi. Lahir di Sarkhs, sempadan Iran-Rusia. Masyhur dalam perubatan, ilmu warisan masyarakat Arab dan tamadun kuno. Juga ahli bahasa yang baik dan sesekali meriwayatkan hadith termasuklah Hadith ‘Amru Ibn Muhammad Ibn al-Qasir dan Hadith Ahmad Ibn al-Harth.menjadi Hakim Negara pada zaman pemerintahan al-Mu’tadhid dan sangat rapat dengan pemerintah itu dan menjadi guru dan penasihat. Kelemahan merahsiakan hal2 kerajaan menyebabkan di mati dibunuh al-Mu’tadhid selepas dipenjara 3 tahun. Beliau menulis buku2 mengenai perubatan, masakan dan hal2 fizikal termasuk metafizik.

ABU BAKR AL-RAZI (924M)
TOKOH ILMU PERUBATAN

Masyarakat Islam menguasai kepakaran bidang perubatan dan juga mendalami teknik perubatan Kaldan, Parsi, India malah Arab Jahiliah. Kajian2 lanjut mengenai perubatan dikenali sebagai perubatan Islam. Abu Bakr al-Razi mendapat gelaran Gale(pakar bedah Yunan). Dilahirkan di bandar al-Rai, utara Teheran (864M). Mula pelajari perubatan setelah berusia 30 tahun. Guru pertama ialah a-Bakhi, pengembara yang ada ketikohan bidang falsafah. Guru kedua, Abu al-Hassan Ali Ibn Raban al-Tabari, tokoh perubatan dari Tabristan. Kepakaran al-Razi menjadikan beliau pengarah hospital umum al-Rai buat seketika. Kemudian, menjadi pengarah hospital ‘Adhudi, Baghdad. Menetap di sana sehingga meniggal dunia pada 924M. Juga ada karya dalam logik, ketuhanan, psikologo, bedah mata dan sebagainya. Antara buku beliau ialah al-Hawi dan al-Mansuri. Turut menulis buku tentang etika doktor dan penjagaan kesihatan. Digolongkan dalam ahli perubatan kelas pertama. Orang pertama menggunakan bahan kimia sebagai ubat.Menggunakan kaedah psikologi dan rawatan dalam merawat pesakit. Ada pandangan sendiri dalam bidang kimia, sains dan ketuhanan.

AL-FARABI (950M)
TOKOH FALSAFAH

Orang Islam mula kenal falsafah dengan buku2 daripada Yunani dan Greek. Apa yang boleh
dilihat pada sarjana Islam ialah mereka belajar banyak bidang ilmu dalam satu masa. Al-Farabi
atau nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhan Ibn Ulzagh al-Farabi
lahir di Wilayah Wasij berhampiran Parab di Turkipada tahun (874M). Anak seorang tentera yang miskin. Di Baghdad, mempelajari bahasa Arab dengan ‘Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy Ibn Sahl @ Ibn al-Siraj (929M). Apabila Baghdad menghadapi pergolakan politik, beliau berpindah ke Damsyik kemudian ke Halab. Beliau bekerja dengan gaji 4 dirham sehari sedangkan penyair al-Mutanabbi menerima 1000 dinar bagi setiap karyanya. Al-Farabi lahir miskin dan terus miskin hingga akhir hayat, tidak pernah bekerja secara serius. Beliau juga terkenal dengan kemahiran dalam banyak bahasa, cabang ilmu dan muzik. Merupakan pencipta gambus. Pengetahuannya juga luas dalam perubatan. Ahli falsafah yang agung dan boleh digelar guru kedua selepas Aristotle. Antara buku karya al-Farabi ialah Risalah fi al-‘Aql-tentang akal manusia, Ihsa’ al-‘Ulumilmu2 zaman Yunani dan al-Madhinah al-Fadhilah-falsafah politik. Antara pandangannya pula ialah jantung lebih penting daripada otak, pertarungan ialah sifat semulajadi manusia yang menjurus kepada keadilan. Politik pula, seorang ketua perlu dipilih, dan andainya tiada, seorang wakil sementara perlu dilantik.

IKHWAN AL-SAFA (AWAL ABAD KE-4 H)
KESARJANAAN BERKUMPULAN

Kebangkitan ilmu bukan sahaja secara individu malah berkumpulan. Kumpulan Ikhwan al-Safa
terbentuk di Basrah. Namanya diambil daripada buku Kalilah dan Dimnah, menggambarkan
persaudaraan murni , seolah-olah keluarga. Kumpulan yang objektif rasminya ini dirahsiakan
ialah sebuah kumpulan rahsia. Namun objektif mereka secara umumnya untuk kebaikan agamadan dunia selari dengan aliran falsfah seperti Pythagoras. Mereka mengambil kira semua aliran termasuk matematik, sains dan ketuhanan. Tidak mustahil kumpulan sulit seperti mereka
bermatlamatkan penyelesaian politik tetapi tidak pula kelihatan sebegitu. Lebih logik jika
dikatakan kumpulan ini berpendapat bahawa pertentangan sosioekonomi adalah disebabkan
mazhab, keturunan dan agama. Mereka merumuskan bahawa ibadat kepada Allah tidak perlu
tetapi perlu untuk mementingkan agama dan dunia. Kumpulan ini sebenarnya mahukan hidup
dalm sebuah kerajaan yang harmoni dengan persaudaraan. Mereka meniggalkan risalah2
berkenaan perkembangan pemikiran Islam, hasil penulisan falsafah paling lengkap, hasil usaha
paling ulung memperkenalkan falsafah kepada umum.

No comments:

Post a Comment

istikharah cinta ~

jom,,tetapkan matlamat tertinggi..Allah tujuan hidup kami!

Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com


>> berbicara tentang hati..

..menghitung detik2 yang berlalu..


clock-desktop.com

:: buat semua yg bergelar sahabat ::

Friendship Quotes