siri 3 : tokoh2 kesarjanaan sains islam..

:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

pkul 0710 06julai2010..

salam ukhuwwah fillah..ini ana menyambung siri 2..

AL-BUZJANI (998M)
PAKAR GEOMETRI

Muhammad Ibn Muhammad Ibn Yahya Ibn Ismail Ibn al-Abbas al-Buzanji. Lahir di Buzjan pada 940M. Belaja matematik dan geometri daripada bap2 saudaranya Abu ‘Amru al-Mughazili dan Abu Abdullah Muhammad Ibn ‘Anbasah. Guru2 lain termasuklah Abu Yahya al-Mawardi atau Ibn Karnib. Berpindah ke Iraq pada 959M dan terkenal sebagai guru. Rapat dengan Abu Ubaidillah al-Husain Ibn Ahmad Ibn Sa’don yang merupakan menteri kepada Syams al-Dulah Ibn ‘Adhd al-Daulah al-Buwaihi. Menonjolkan kehebatan Abu Haiyan al-Tauhidi kepada Ibn Sa’d. Hidup sederhana hingga akhir hayat. Menguasai ilmu geometri dan mampu beri pandangan baru yang menarik. Karya yang banyak termasuk ilmu hisab, falak dan ulasan buku Khaarizmi tentang algebra. Memberi sumbangan terutama dalam teori2 geometri dan menghubungkan algebra dengan geometri. Merintis bidang pengajian geometri analisis. Kurang berjaya dalam ilmu falak.Ada kata-kata indah mengenai hidup dan masyarakat.

IBN YUNUS (1009M)
PAKAR ASTRONOMI

Ibn Yunus atau nama sebenarnya Abu al-Hassan Ali Ibn Abdul Rahman Ibn Ahmad Ibn Yunus
Ibn Abdul A’la al-Sadafi. Hubungan yang rapat dengan kerajaan Fatimiah, Khalifah al-Aziz
meminta beliau melukis rajah bergerak cakerawala untuk kegunaan baginda dan membina pusat
kaji bintang di Kaherah selama setahun lebih. Juga mahir ilmu sastera selain ilmu falak. Antara
karyanya, al-Ziji al-Hakimi al-Kabir yang menjelaskan segala teori dan praktisan.Memperkatakan teori2 perjalanan cakerawala oleh sarjana terdahulu dan sezaman dengannya. Turut mereka batu jam.

AL-KARKHI(1029M)
PAKAR MATEMATIK

Asalnya, ilmu kira-kira dianggap tidak penting tetapi setelah kemajuan mula dikecapi, pandangan itu berubah. Kaedah pengiraan angka India dipopularkan. Orang Eropah menganggap itu ialah angka Arab manakala orang Arab menganggap itu ialah angka India. Tokoh dalam bidang ini ialah al-Karkhi yang nama penuhnya Fakrud-Din Abu Bakr Muhammad Ibn al-Hassan al-Hasib.Sekurang2nya tiga karya beliau yang masyhur- al-Kafi(ilmu hisab), al-Fakhri& al-Badi’(algebra).Pandagannya dalam algebra banyak berasaskan pandangan al-Khawarizmi Cuma memperbaharui pengendalian dalam pengiraan. Pendapatnya, ada kelemahan dalam penulisan lama dan tidak dapat menjamin kefahaman. Beliau lebih suka menggunakan huruf untuk menyebut angka kerana lebih sukakan kaedah Yunani berbanding India.

IBN MASKAWAIH (1030M)
SARJANA SERBA BOLEH

Dengan kedudukan sebagai pustakawan di Perpustakaan Malik ‘Adhdud Daulah, beliau dikenali
sebagai “al-Khazin”. Nama penuh ialah Abu Ali Ahmad Ibn Muhammmad Ibn Ya’kub Ibn
Maskawaih. Lahir pada 941M, meninggal pada 1030M. Seorang doktor yang ulung dan
berkepakaran tinggi. Ahli sejarah berkemampuan tinggi, sarjana ilmu akhlak yang mahir dan
berpengetahuan luas dalam bidang bahasa, sastera dan ilmu-ilmu klasik. Buku-buku beliau ialah-Uns al-Farid, Tajarub al-Umam (sejarah), kitab al-Tabikh (makanan) dan al-Asyribah (minuman).Juga, kitab al-Adwiah al-Mufradah (ubat2an), kitab al-Fauz al-Saghir (metafizik). Pendapatnya,setiap perkara di dunia ada peranannya bersama. Kemuncak akhlak ialah lahirnya perbuatan baik secara teratur. Anak-anak perlu dilatih sejak kecil supaya nilai-nilai murni tertanam dalam jiwa mereka.

IBN SINA (1037M)
TOKOH SERBA BOLEH

Umat Islam di waktu kebangkitan Islam cuba untuk melengkapkan diri dengan lebih daripada
satu bidang ilmu sebagaimana yang saranan Islam sendiri. Salah seorang yang berjaya berbuat
demikian ialah Abu Ali al-Husain Ibn Abdullah Ibn Sina atau lebih dikenali sebagai Ibn Sina.
Bukan setakat ahli perubatan kelas pertama malah ahli sains dan falsafah. Ahli politik dan
kemasyarakatan yang lincah dan berkaliber. Lahir di Bukhara pada (980M), dalam sebuah
keluarga berada. Di sanalah beliau mendalami bidang bahasa dan sastera. Setelah menguasai
ilmu itu, beliau mula berminat dengan ilmu akal di usia 20 tahun. Mempelajari logik, geometri dan buku Almagest daripada Abu Abdullah al-Natali, rakan bapanya. Kemudian, belajar ilmu sains,fiqh dan perubatan daripada guru yang berlainan. Mendapat pencapaian yang tinggi dalam ilmu perubatan dan mengajar para doktor untuk menambahkan ilmu mereka. Memperoleh penghormatan setelah berjaya merawati Putera Nuh Ibn Nas al-Samani dengan dibenarkan
menggunakan perpustakaan istana yang kaya dengan buku yang sukar diperolehi dan mendapat
ilmu yang banyak dari situ. Kelayakan membolehkannya menerima gelaran Mahaguru Pertama
(al-Syaikh al-Ra’is). Memilih aliran al-Farabi dalam bidang falsafah dan mengatasinya dalam
penyusunan ilmu falsafah dan sains Islam. Digelar guru ketiga dalam ilmu logik kerana
cemerlang. Begitu juga dalam syair, prosa, matematik, falak dan muzik. Menghasilkan buku2
seperti al-Qanun dan al-Najah. Beliau berpendapat, ilmu matematik boleh digunakan untuk
mengenal Tuhan. Percaya bahawa tanpa tubuh yang tahan, ubat pun tidak berguna.

No comments:

Post a Comment

istikharah cinta ~

jom,,tetapkan matlamat tertinggi..Allah tujuan hidup kami!

Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com


>> berbicara tentang hati..

..menghitung detik2 yang berlalu..


clock-desktop.com

:: buat semua yg bergelar sahabat ::

Friendship Quotes