^^1,2,3 pelangi bercerita..


:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

14april09,08:15am.

alkisah tersebutlah di sebuah kampung,ada seorang yang bernama Abu,
dikisahkan Abu ni hidup sebatang kara,tidak berkeluarga atau mempunyai saudara mara,
malah kedua ibu bapanya telah meninggal dunia lama dahulu.

bagaikan jatuh ditimpa tangga,Abu ni seorang yang miskin,dan hidup mengharap ehsan daripada
jiran2 sekampung.memandangkan kudrat yang semakin tua,ABU lebih banyak menghabiskan waktunya di rumah sahaja.jarang2 dia ke ladang atau kebun untuk mengambil upah menyiram
dan membaja tanaman.

sayugianya,di kampung itu juga terdapat sebuah keluarga yang kaya raya yang diketuai oleh Tuan Haji Ali.Tuan Haji ini tersangatlah kaya,harta miliknya sangatlah banyak.antara yang tersebut adalah 200ekar bendang sawah dan kebun2 getah,beratus2 haiwan ternak berbilang jenis seperti lembu,kambing,biri2,ayam dan lain2 lagi yang sewaktu dengannya.

Tuan Haji Ali ini tersangatlah pemurah orangnya.tiap apa yang diminta orang pasti cuba dipenuhi.kerana itulah para penduduk kampung sangat menyayangi dia.Abu juga tidak terkecuali.jika dihitung-hitung banyak sudah pemberian Tuan Haji Ali kepadanya,sampai tak terbalas.

kalakian,nak dijadikan cerita,maka pada suatu hari yang cerah,Abu seperti biasa bertandang ke rumah Tuan Haji Ali dengan segunung hajat yang besar di hati.sesampainya di rumah itu,ternampaklah Tuan Haji Ali berehat di ruang anjung rumahnya.

Abu memberi salamnya yang santun kepada Tuan Hji Ali,dengan senyuman yang manis.Tuan Haji Ali membalas senyumannya lalu mempersila tetamunya untuk masuk dan duduk bersama-samanya.Abu dipersilakan untuk santap bersama2nya.

sudah menjadi kebiasaan Tuan Haji Ali untuk menanyakan hajat kedatangan tiap tamunya.maka,tidak terkecuali dengan Abu.laksana orang mengantuk disorongkan bantal,si Abu pun menyampaikan hajatnya.

Abu :hamba ni Tuan Haji,malu selalu meminta-minta.

Tuan Haji :sebutkanlah apa ynag kamu hajatkan,aku merasa senang dapat menolong kamu.

Abu :begini,Tuan Haji,hamba berhajat untuk mempunyai seekor lembu.ye la,hamba pun bukan ada harta apa2.

Tuan Haji :lembu?kamu yakin ke dengan permintaan kamu ni?maksud aku,pelihara lembu ni bukan senang,.

Abu :hamba yakin,Tuan Haji..insyaAllah..

Tuan Haji :baiklah kalau begitu menurut kamu,aku akan tunaikan hajat kamu itu.tunggu sekejap,ye..

maka,tertunailah sudah hajat Abu untuk memiliki seekor lembu.dia pun pulang la membawa lembu itu dengan girangnya ke rumahnya.

maka tiba2 Abu terfikirlah di rumahnya tiada kandang yang khusus untuk dia meletakkan lembu yang baru didapatinya itu.tapi Abu merasakan itu tidak penting dan lembu boleh ditambat di mana2.

kalakian,hari berganti hari,masa berlari-lari.Abu meneruskan kehidupannya seperti sedia kala.lembu miliknya pula makin kurus kerana selalu merayau merata-rata dan tidak makan rumput yang baik dan segar.

alkisah sampailah di suatu hari,ada seorang penduduk kampung yang terjumpa lembu miliknya jatuh ke dalam parit air yang dalam..lalu mati lah ia di sana.maka tamatlah sudah riwayat lembu itu.

Abu berasa sangat sedih dan beringatlah dia bahawa alangkah baiknya jika dulu lembunya itu mempunyai kandang.

T.A.M.A.T


nota pengarang :walaupun cerita ini agak membosankan,pelangi berharap sahabat2 dapat apa yang cuba pelangi sampaikan.sebenarnya di sebalik cerita ni,pelangi nak bagitau beberapa perkara.

1)manusia meminta2 hidayah daripada ALLAH tetapi lupa untuk menyiapkan 'tempat' bersemadinya hidayah itu.hidayah itu berupa nuur dariNya Allah,maka tempat yang paling layak baginya adalah di hati.muhasabahlah diri,adakah kita sudah betul2 menyiapkan hati kita untuk diberi hidayah dari ALLAH atau kita sekadar melakukannya ala kadar sepertimana Abu di dalam cerita dia atas,meminta2 lembu tetapi tidak menyediakan tempat atau kandangnya hinggakan lembunya berkeliaran merata dan akhirnya mati terjatuh ke dalam parit air.Begitu jua manusia andai dikurnia hidayah dariNya tapi tidak betul2 menghargai dan menjaganya,maka lama kelamaan nuur hidayah itu akan 'pudar'.

2)manusia jarang menghargai sesuatu sehinggalah ia hilang di mata.sepertimana Abu yang lebih menghargai pentingnya seekor lembu kepadanya setelah lembu itu mati.

3)Allah Maha Pemurah,DIA kan memenuhi segala permintaan hambaNya asalkan hambaNya itu meminta dengan sungguh kepadaNya.

wallahu'alam.









No comments:

Post a Comment

istikharah cinta ~

jom,,tetapkan matlamat tertinggi..Allah tujuan hidup kami!

Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com


>> berbicara tentang hati..

..menghitung detik2 yang berlalu..


clock-desktop.com

:: buat semua yg bergelar sahabat ::

Friendship Quotes