^^ menjadi sahabat kepada sekalian sahabat ^^


:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::


1.CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK.

Bangun sahaja dari tidur aku lantas melihat jam. Pukul 6.00 pagi. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kesempatan kepadaku untuk melihat keindahan muka bumi ini. Hari ini hari Sabtu bersamaan 1 Nov 2008.Maknanya hari ini tidak ada kuliah. Aku lihat disebelah. Sahabatku masih lagi lena dibuai mimpi. Aku lantas mengejutnya untuk menunaikan solat berjemaah bersama-sama. Sedar tak sedar sudah lebih dua tahun aku bersahabat dengannya. Aku mengenalinya sejak memasuki ke universiti ini. Perkenalan kami bermula apabila dia datang ke bilikku untuk meminjam penyapu. Setelah berkenalan dengannya, rupa-rupanya dia mengambil satu jurusan denganku. Setelah itu aku semakin rapat denganya sehinggalah sekarang. Aku baru teringat. Hari jadinya yang ke-20 hampir tiba iaitu pada 21 Nov 2008. Apa hadiah yang aku nak bagi untuk birthday kali ini yaa?? Dan seperti selalu aku akan menyambut hari jadinya dengan meriah.
Saya pasti sahabat-sahabat semua pasti melakukan perkara yang sama kepada sahabat karib masing-masing. Cuma apa yang saya nak kupaskan di sini, adakah kita pernah terfikir siapakah sahabat itu? Adakah seseorang yang tinggal dengan kita atau seseorang yang kita kenal? Ataupun seseorang yang rapat dengan kita sebab sekepala dalam berfikir, sukan atau apa-apa yang diminati? Ataupun juga sahabat itu seperti yang digambarkan dalam cerita bersiri jepun ‘Yukan Club’ yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk seseorang yang dipanggil sahabat? Jika dikira sahabat yang kita miliki sejak dari tadika, mungkin sudah beribu agaknya. Cuba kita bayangkan hidup di dunia ini tanpa seorang sahabat. Sangat tidak bererti bukan?? Allah memang telah mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Jadi, manusia tidak boleh lari dari berkawan atau menjadi kawan kepada seseorang. Inilah antara hikmah kenapa Allah mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amatlah dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

a)Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai,Saidina ‘Alqamah berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
•Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
•Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
•Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
•Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
•Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
•Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
•Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
•Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
•Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
•Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
•Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
•Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
•Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
•Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

b)Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

•Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
•Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
•Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
•Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
•Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Rujukan :http:/nurjeehan.wordpress.com,www.iluvislam.com

No comments:

Post a Comment

istikharah cinta ~

jom,,tetapkan matlamat tertinggi..Allah tujuan hidup kami!

Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com


>> berbicara tentang hati..

..menghitung detik2 yang berlalu..


clock-desktop.com

:: buat semua yg bergelar sahabat ::

Friendship Quotes