kenapa pelangi??

salam buat sahabat2 sekalian..

ana pasti sahabat2 mungkin tertanya2 kenapa ana memilih nama pelangi.

sahabat2 yg berada dekat dengan ana semestinya tahu bhw sukanya ana kepada pelangi.
ana suka menggunakan nama pelangi..

sahabat2,
manusia selalunya suka akan keindahan..
manusia selalunya suka akan sesuatu yang cantik..

begitu juga ana..
ana menyukai pelangi kerana ia adalah makhluk ALLAH yang sangat cantik..
diterbitkan dengan 7 lapisan warna,munculnya selepas hujan.
makhluk ALLAH yang sangat istimewa,terhasil dari biasan cahaya..

pelangi bagi ana ialah manifestasi suatu keindahan..
tapi kenidahan yang tidak kekal..keindahan yang pasti akan sirna..
pelangi pasti akan sirna bila matahari mula menyinar..
pelangi pasti akan sirna bila mana ALLAH mentakdirkannya hilang dari pandangan kita.
semuanya datang dari ALLAH dan kepadaNYA semua akan kembali..

pelangi bagi ana adalah simbolik kehidupan manusia..
pelbagai ragam,pelbagai warna..semuanya variasi ciptaan ALLAH..

pelangi bagi ana sesuatu yang menginsafkan..
cantik tetapi pasti akan hilang..
semuanya akan pasti hilang..sama seperti bumi yang fana ini..
hanya ALLAH,zat yang pasti akan kekal..kekal selama2lamanya..

salam ukhuwwah.

No comments:

Post a Comment

istikharah cinta ~

jom,,tetapkan matlamat tertinggi..Allah tujuan hidup kami!

Myspace Comments, Glitter Graphics at GlitterYourWay.com


>> berbicara tentang hati..

..menghitung detik2 yang berlalu..


clock-desktop.com

:: buat semua yg bergelar sahabat ::

Friendship Quotes