:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::
pkul1410,22 oktober 2010..
salam ukhuwwah buat semua sekalian sahabat :)
alhamdulillah diberi kelapangan buat ana mencoret dan berkongsi dengan semua info saintifik ne..amek daripada majalah solusi isu 18..

insyaAllah mai same2 renungkan..keseimbangan menakjubkan pada bumi Allah ini..subhanallah.. :)
.................................................................................................................................................
Hugg Ross,seorang ahli astronomi Amerika,menyenaraikan keseimbangan2 yang terdapat pada bumi :
1.graviti permukaan bumi

-jika terlalu kuat,ia akan menyimpan terlalu banyak ammonia dan metana.
-jika terlalu lemah,atmosfera bumi akan kehilangan banyak air.
2.Nisbah oksigen dan oksigen di dalm atmosfera.
-jika terlalu besar,fungsi2 hidupan yang dimajukan akan bergerak terlalu laju.
-jika terlalu kecil,fungsi2 hidupan yang dimajukan akan bergerak terlalu perlahan.
3.Ketebalan ozon dalam atmosfera.

-jika terlalu tebal,suhu permukaan bumi akan menjadi terlalu rendah.
-jika terlalu nipis,suhu permukaan bumi akan menjadi terlalu tinggi,dan terlalu banyak radiasi UV pada permukaan bumi.
4.Jarak daripada bintang induk.

-jika terlalu jauh,bumi akan menjadi terlalu sejuk untuk satu kitaran air yang stabil.
-jika terlalu hampir,bumi akan menjadi terlalu panas untuk satu kitaran air yang stabil.
5.Tempoh putaran bumi.

-jika terlalu lama,perbezaan suhu di antara siang dan malam menjadi terlalu ketara.
-jika terlalu singkat,had laju angin atmosfera akan menjadi terlalu besar.
6.Medan magnet.

-jika terlalu kuat,ribut2 elektromagnet akan menjadi terlalu kuat.
-jika terlalu lemah,bumi kurang perlindunngan daripada radiasi kuat bintang2.
7.Tarikan graviti bulan.
-jika terlalu kuat,kesan pasang surut dan putaran masa menjadi terlalu hebat.
-jika terlalu kurang,perubahan kecondongan orbit akan menyebabkan ketidakstabilan iklim.
8.Ketebalan kerak bumi.
-jika terlalu tebal,terlalu banyak oksigen dipindahkan atmosfera ke kerak.
-jika terlalu nipis,aktiviti gunung berapi dan tektonik akan menjadi terlalu dasyhat.
9.Albedo(nisbah cahaya yang dipantulakn kembali ke angkasa.
-jika terlalu banyak,menyebabkan bumi dilanda zaman air yang tidak terkawal.

-jika terlalu sedikit,kesan rumah hijau yang tidak dapat dikawal.
~~ sama2 kita renung2kan ye.. Maha Bijaksana Allah Pencipta Alam mengatur dan menciptakan dan mengimbangi semua ini..Ya Allah tunduk hamba terhadap segala kekuasaanMu.. :)
firman Allah dalam surah an-Nazi'at : 27-33 yang bermaksud :
"kamukah yang sukar diciptakan atau langit?Tuhan telah membinanya(dengan kukuh)! DIA meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnakannya.dan DIA menjadikan malamnya gelap-gelita,serta menjadikan siangnya terang-benderang.Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya).DIA mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya."
wallahu a'lam..